KUALA LUMPUR: Malaysia sekali lagi gagal menamatkan badi kekalahan di suku akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC), apabila skuad negara tewas 3-2 kepada skuad 'back-up' China.
Perseorangan negara Lee Zii Jia bermula cemerlang dengan menewaskan Lei Lan Xi, 21-16, 22-20, pada kejohanan yang berlangsung di Pusat Pameran Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu.
Bagaimanapun, China selaku juara bertahan, berjaya menyamakan kedudukan apabila perseorangan wanitanya yang berkedudukan ke-101 dunia, Gao Fang Jie, bangkit daripada kekalahan set pertama untuk mengejutkan juara remaja dunia dua kali, Goh Jin Wei, 15-21, 21-13, 21-19, selepas 70 minit perlawanan.
Dalam aksi beregu lelaki pula, He Ji Ting-Zhou Hao Dong, mengetepikan pasangan negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, 24-22, 21-18, sekali gus meletakkan China di depan 2-1.
Beregu wanita nombor lima dunia Pearly Tan-M.Thinaah membuka peluang buat Malaysia semula dengan mengalahkan Liu Sheng Shu-Tan Ning 21-17, 12-21, 21-19, selepas pertarungan 76 minit.
China, meskipun bermain tanpa barisan pemain utama, membuktikan penguasaannya apabila meraih kemenangan 3-2 selepas beregu campuran pasukan itu yang berada pada ranking ke-110 dunia, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, menundukkan beregu nombor enam dunia dari Malaysia, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, 21-15, 25-23.
Dalam separuh akhir Sabtu ini, China akan berdepan India yang menewaskan Hong Kong 3-2, manakala Korea Selatan bakal menentang Thailand.
Empat pasukan di separuh akhir secara automatik layak ke Piala Sudirman 2023 yang akan diadakan di Suzhou, China pada 14-21 Mei ini.
Malaysia menamatkan kempen Kumpulan B sebagai naib johan setelah tewas kepada juara Piala Thomas India, 1-4, pada Khamis.
Sebelum itu skuad negara menang 5-0 ke atas tuan rumah UAE dan Kazakhstan.
Malaysia gagal melepasi pusingan suku akhir sejak kejohanan itu pertama kali diadakan di Hanoi pada 2017 dan seterusnya di Hong Kong (2019). Edisi 2021 di Wuhan, China dibatalkan berikutan pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 17 2023
Lee Zii Jia menewaskan Lei Lan Xi 21-16 22-20. - Foto Facebook/Badminton Association of Malaysia - BAM
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Trump lantik bekas Duta AS ke Jerman Grenell sebagai utusan khas
Richard Grenell akan bekerja di beberapa kawasan 'panas' di seluruh dunia, termasuk Venezuela dan Korea Utara.
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Final Jelajah Dunia BWF: 'Hidung berdarah' tak halang Tang Jie-Ee Wei atasi wakil Indonesia
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, meneruskan rentak kemenangan dalam saingan kumpulan B Final Jelajah Dunia BWF 2024.
An Se-young dinobatkan pemain badminton wanita terbaik dunia 2024
Bintang sensasi Korea Selatan, An Se-young terus mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai pemain badminton wanita terbaik dunia.
Badminton: Tat Meng sah tinggalkan 'team' Lee Zii Jia
Pasukan Lee Zii Jia mengesahkan Pengarah Kejurulatihannya Wong Tat Meng akan meninggalkan pasukan berkenaan.
BAM ambil pendekatan berbeza untuk Sukan SEA 2025
Malaysia pada Sukan SEA di Kemboja sebelum ini menurunkan pemain muda bagi memberi peluang kepada mereka untuk menampilkan aksi cemerlang.
Final Jelajah Dunia BWF: Juara Olimpik Viktor Axelsen tarik diri
Juara Sukan Olimpik, Viktor Axelsen, sah menarik diri daripada Kejohanan Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou, China minggu depan.
Lee Zii Jia dedah faktor air mata tumpah di bumi Paris
Lee Zii Jia, mendedahkan faktor dirinya tidak dapat menahan perasaan sebak dalam sesi wawancara bersama wartawan Astro Arena usai meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024.
Saya hilang 2 kilogram selepas tewas kepada Kunlavut - Lee Zii Jia
Zii Jia mengakui dia tertekan sehingga hilang selera makan dan berat badan selepas tewas kepada Kunlavut Vitidsarn dalam separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 Ogos lalu.