awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Barca lemah tanpa Messi - Zidane

Astro Arena
Astro Arena
24/09/2016
01:43 MYT
Barca lemah tanpa Messi - Zidane
Messi mengalami kecederaan pangkal paha ketika seri 1-1 dengan Atletico Madrid.
Jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane, percaya Barcelona akan mengalami kesukaran ketika ketiadaan Lionel Messi.
Messi mengalami kecederaan pangkal paha ketika seri 1-1 dengan Atletico Madrid, menyaksikan Barca kekal tiga mata di belakang skuad bimbingan Zidane.
Bintang Argentina itu mengalami kecederaan yang sama ketika beraksi bersama skuad kebangsaannya, bakal diketepikan selama tiga minggu.
Walaupun Barca masih memiliki Suarez dan Neymar, Zidane menyifatkan skuad kendalian Luis Enrique akan menghadapi kesukaran tanpa kelibat Messi.
"Mereka semakin lemah," kata Zidane.
"Messi merupakan tonggak utama mereka, penggerak jentera serangan Barcelona.
Zidane menurunkan Karim Benzema, Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale buat pertama kali musim ini ketika seri 1-1 dengan Villareal di Santiago Bernabeu.
"Mereka berada di tahap yang baik. Mereka mampu menjaringkan gol tetapi saya gembira mereka kembali ke dalam kesebelasan utama.
"Saya tidak berpuas hati dengan keputusan perlawanan lepas, kami gagal beraksi dengan baik dalam separuh masa pertama.
Topic Berkaitan
#Barca
#barcelona
#Lionel Messi
#Zinedine Zidane
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan