awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Barisan kejurulatihan baharu skuad B-23 cerminan Harimau Malaya

Bernama
Bernama
06/08/2022
10:19 MYT
Barisan kejurulatihan baharu skuad B-23 cerminan Harimau Malaya
Hamidin berkata proses yang diterajui Pengarah Teknikal FAM Scott O'Donell itu juga memberi penekanan dari segi keseluruhan barisan kejurulatihan sama seperti struktur yang dimiliki skuad Harimau Malaya ketika ini. - Gambar fail
PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak hanya memfokuskan terhadap aspek individu dalam proses menentukan ketua jurulatih baharu skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan yang bakal diumumkan dalam masa terdekat.
Presidennya Datuk Hamidin Mohd Amin berkata proses yang diterajui Pengarah Teknikal FAM Scott O'Donell itu juga memberi penekanan dari segi keseluruhan barisan kejurulatihan sama seperti struktur yang dimiliki skuad Harimau Malaya ketika ini.
Menurutnya beliau yakin ketua jurulatih baharu dan barisan teknikalnya yang bakal dilantik mampu menjayakan usaha meningkatkan mutu prestasi pasukan muda negara untuk menjamin kesinambungan pemain berkualiti dalam skuad kebangsaan.
"Setelah berbincang dengan pasukan negara, bahagian teknikal dan exco kita sudah hampir kenal pasti bukan sahaja individu tetapi kami mahukan staf yang baik, sekali. Pengarah Teknikal tengah dalam proses memuktamadkan, hampir 70 hingga 80 peratus," katanya pada sidang media Kongres FAM Ke-58 di sini, hari ini.
Beliau berkata apa yang bakal diumumkan selewat-lewatnya hujung bulan ini adalah keputusan yang dibuat untuk kepentingan bola sepak negara dengan skuad B-23 berdepan jadual pertandingan yang padat tahun depan.
Katanya FAM mahukan Skuad B-23 dan pasukan senior mempunyai hubungan kerjasama yang bagus, sehaluan dan berkongsi ideologi sama.
Justeru, beliau berkata pandangan dan input dari Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan Kim Pan Gon turut diambil kira dalam menentukan barisan kejurulatihan skuad B-23.
"Baik. Input dia (Pan Gon) amat baik ... sudah tentu dia main peranan yang besar," katanya.
Jun lepas, Hamidin mendedahkan skuad B-23 bakal melalui perubahan dalam usaha memperkukuhkan pasukan negara kendalian Pan Gon,
Sebulan kemudian, FAM mencapai kata putus untuk melepaskan bekas Ketua Jurulatih skuad B-23 Brad Maloney secara persetujuan bersama kedua-dua pihak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#skuad bola sepak negara
#harimau Malaya
#b-23
#FAM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan