PENGARAH TEKNIKAL Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Scott O' Donnell, mengakui ada di kalangan pemain skuad Hassan Sazali Waras mempunyai potensi untuk diserap ke skuad senior Harimau Malaya bimbingan Kim Pan-gon.
Namun, Scott menegaskan mereka perlu membuktikan kemampuan bersama kelab masing-masing terlebih dahulu dengan mendapatkan lebih banyak minit permainan sebelum mewakili negara di pentas antarabangsa.
"Saya tidak mahu memberikan nama pemain tersebut kerana ia akan meningkatkan tekanan kepada mereka. Perkara paling penting mereka perlu mendapatkan minit permainan dan beraksi secara konsisten bersama kelab," katanya.
"Kami tidak akan memberikan jersi skuad kebangsaan dengan mudah, mereka perlu membuktikan kemampuan mereka di peringkat senior dan mampu menyesuaikan diri dengan permainan yang lebih kompetitif."
Difahamkan, kapten skuad B19 negara, Aysar Hadi, yang juga pemain terbaik final Kejohanan AFF berada dalam radar Pan-gon untuk diberi peluang menyertai kem latihan pusat skuad negara yang dijadual September depan.
*Artikel asal disiarkan di Stadium Astro
Astro Arena
Tue Jul 19 2022
Scott menegaskan mereka perlu membuktikan kemampuan bersama kelab masing-masing terlebih dahulu dengan mendapatkan lebih banyak minit permainan. - Stadium Astro
MATFA gesa pembaharuan segera Akta Cukai Hiburan 1953
MATFA menggesa kerajaan melakukan pembaharuan segera terhadap Akta Cukai Hiburan 1953 yang mengenakan cukai 25 peratus ke atas aktiviti hiburan.
Jualan Rahmah: Barangan bergula tidak lagi diberi diskaun bermula 1 Oktober
Bermula 1 Okt ini, semua produk makanan dan minuman yang mengandungi gula akan dikeluarkan daripada senarai barangan yang diberikan potongan harga dalam Program Jualan Rahmah MADANI.
JSJN Negeri Sembilan lelong barang kes hampir RM100,000
JSJN, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan melelong barang kes yang dirampas dan disita membabitkan pengedaran dadah di negeri itu dengan hasil lebih RM99,000.
Pasaran modal penting dalam peralihan dan penyesuaian iklim - SC
Pasaran modal boleh menjadi pemangkin utama peralihan dalam peralihan dan penyesuaian iklim dengan menyalurkan pelaburan ke dalam sektor utama seperti tenaga boleh baharu.
Yayasan Prihatin SPRM, ELMU Foundation martabat profesion penguat kuasa
Yayasan Prihatin SPRM dan ELMU Foundation menandatangani MoU bagi memperkemas kerjasama kedua-dua pihak dalam melaksanakan program peningkatan integriti, profesionalisme dan kebajikan.
24 polis cedera, 39 penunjuk perasaan ditahan di Melbourne
Sekurang-kurangnya, 24 anggota polis cedera manakala 39 penunjuk perasaan anti-perang ditahan berhampiran Pameran Pertahanan Land Forces Melbourne pada Rabu.
Jurucakap polis Victoria berkata, 39 individu itu ditahan atas kesalahan menyerang, menghalang, mengganggu tugas polis, membakar selain menyekat jalan.
Jurucakap polis Victoria berkata, 39 individu itu ditahan atas kesalahan menyerang, menghalang, mengganggu tugas polis, membakar selain menyekat jalan.
Atlet Olimpik Tom Craig digantung 12 bulan
Pemain Hoki Olimpik Australia, Tom Craig digantung selama 12 bulan selepas disabit kesalahan kerana membeli dadah kokain semasa acara sukan olimpik Paris.
9 ditahan, lebih satu juta pil ekstasi dirampas
Pihak Polis Sepanyol merampas lebih daripada satu juta pil ekstasi dan menahan 9 orang termasuk warga Itali dalam sebuah operasi penumpasan sindiket dadah di Pulau Balearic, Ibiza pada Selasa.
Empat maut dan 14,328 isi rumah terjejas
Hujan berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di utara dan tengah Thailand, mengakibatkan empat kematian dan menjejaskan 14,328 isi rumah, menurut Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana (DDPM) pada Rabu.
Debat Trump-Harris: Reaksi berbaur Demokrat, Republikan
Calon naib presiden, J.D. Vance memberitahu media ucapan Harris tidak mempunyai "bahan sebenar", dan tidak kedengaran seperti seorang Naib Presiden Amerika Syarikat.
Kejohanan Thanh Nien: Malaysia lunas misi wajib menang ke atas Myanmar
Ia merupakan kemenangan pertama pasukan itu selepas terikat 1-1 dengan Thailand dan tewas 1-2 kepada Vietnam.
Luqman tiada dalam perancangan Cheng Hoe
Tanpa Luqman, Cheng Hoe membuka ruang kepada beberapa pemain muda dari skuad B-19 negara selain beberapa nama daripada skuad Sukan SEA 2019.