awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Konflik Israel-Iran: Ketua Turus Tentera Iran beri amaran kepada Israel
BISNES
Jualan Tesla merosot 13 peratus, sentimen anti-Musk terus jejas reputasi syarikat
DUNIA
Iran gantung kerjasama dengan IAEA secara rasmi, ketegangan nuklear meningkat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SUKAN

Bas pasukan disita, pemain terpaksa pulang naik basikal

Astro Arena
Astro Arena
02/07/2025
08:30 MYT
Bas pasukan disita, pemain terpaksa pulang naik basikal
Gambar tular di media sosial menunjukkan bas Beijing Guoan ditarik, dengan pintu ditutup, berikutan perintah Mahkamah Pertengahan Rakyat Beijing. - Gambar/ Stadium Astro
PEMAIN Beijing Guoan terpaksa pulang dengan basikal selepas bas pasukan mereka disita kerana hutang.
Menurut South China Morning Post, imej tular yang tersebar di media sosial pada 28 Jun menunjukkan bas Beijing Guoan ditarik, dengan pintu ditutup, berikutan perintah Mahkamah Pertengahan Rakyat Beijing.
Akibatnya, sebilangan pemain pasukan itu terpaksa menyewa basikal awam untuk pulang selepas latihan.
Syarikat hartanah Sinobo Group, yang memiliki 64 peratus saham Beijing Guoan, dilaporkan menanggung hutang sebanyak 3.68 bilion yuan (RM2.1 billion).
Di sebalik kesukaran kewangan ini, Beijing Guoan terus melabur dengan banyak dalam skuad mereka musim ini.
Kelab itu melantik bekas jurulatih Barcelona, ​​Quique Setien sebagai ketua jurulatih dan menandatangani tujuh pemain baharu.
Selepas 15 perlawanan musim ini, Beijing Guoan berada di tempat kedua Liga Super China (CSL) dengan 35 mata, hanya tiga di belakang Shanghai Shenhua, tetapi bermain kurang satu perlawanan.
Kelab itu masih mempunyai baki 15 perlawanan pada separuh kedua musim ini.
Beijing Guoan memenangi CSL pada 2009 dan telah menamatkan saingan sebagai naib juara empat kali, pada 2007, 2011, 2014, dan 2019. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#bas pasukan kena sita
#Beijing Guoan
#liga bola sepak China
#isu hutang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami