awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pelari pecut negara Anita Ali meninggal dunia

Bernama
Bernama
13/01/2023
07:42 MYT
Bekas pelari pecut negara Anita Ali meninggal dunia
Arwah meninggal dunia kira-kira 7.15 petang semalam akibat kanser payudara yang dialaminya sebelum ini, yang merebak ke tulang belakang. - Foto YAKEB
KUALA LUMPUR: Bekas pelari pecut wanita negara Anita Ali meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, pada usia 49 tahun, semalam.
Berita pemergian atlet yang pernah beraksi pada Sukan SEA era 80-an itu dikongsi Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata arwah meninggal dunia kira-kira 7.15 petang semalam akibat kanser payudara yang dialaminya sebelum ini, yang merebak ke tulang belakang.
"Pada Disember lepas, arwah dimasukkan ke PPUM, dan pihak YAKEB membawa beliau ke hospital swasta untuk imbasan MRI (pengimejan resonans magnetik), dan kanser beliau didapati semakin parah,
"Beliau bersungguh-sungguh melawan kanser, namun meninggal dunia pada hari kelahirannya semalam," katanya.
Noorul Ariffin berkata pemergian Anita yang pernah beraksi pada Sukan Asia di China pada 1990 disifatkan sebagai kehilangan besar buat arena olahraga tanah air.
Katanya, Anita yang merupakan ahli Yakeb, banyak memberi nasihat kepada atlet muda untuk terus mengharumkan nama negara.
Pada Sukan SEA 1989 di Kuala Lumpur, Anita yang ketika itu berusia 21 tahun bersama gandingannya G. Shanti, Sajaratuldur Hamzah dan Datuk Mumtaz Jaafar memperbaharui rekod kebangsaan acara 4x100 meter dengan catatan 45.37 saat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anita Ali
#pelari pecut wanita negara
#meninggal dunia
#Yakeb
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan