Skip to main content

Sukan

Bekas pemain NBA beraksi bersama murid sekolah

51377602097_295x200.jpg
Dua bekas pemain NBA terkenal, Brian Cardinal dan Sue Wicks, telah mengadakan klinik bola keranjang dalam usaha mempromosi pendidikan sukan di beberapa sekolah di Kuantan.

Sebagai duta sukan anjuran kedutaan Amerika, kedatangan mereka  telah menerima reaksi amat positif dari guru dan murid-murid yang terlibat

Pengetua Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan Hussin Mohd Yunus, berkata ini adalah kali pertama sekolah tersebut didedahkan dengan sukan ini .

“Saya lihat student saya begitu teruja untuk bercakap dengan orang luar ni,” katanya.

Menurut Pegawai Hal Ehwal Kebudayaan Kedutaan Amerika, program ini merupakan satu cara menjalin hubungan baik rakyat Amerika dan Malaysia secara berkongsi kebudayaan rakyat Amerika di dalam sukan bola keranjang.

Program ini telah diadakan di Kuala Lumpur dari 23 hingga 25 Ogos lalu.

Sementara program yang diadakan di Kuantan pula bermula pada 27 Ogos dan akan berakhir pada 28 Ogos ini.

Klik video untuk laporan penuh Astro Awani.

Advertisement

Must Watch Video