awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pengurus Man Utd, Frank O'Farrell meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
07/03/2022
23:10 MYT
Bekas pengurus Man Utd, Frank O'Farrell meninggal dunia
O'Farrell dikenali sebagai pengurus United yang menggantikan Matt Busby pada tahun 1971. - Foto Manchester United
LONDON: Bekas pengurus Manchester United dan Leicester, Frank O'Farrell dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 94 tahun.
Bekas pemain warga Ireland itu membantu Leicester mara ke final Piala FA pada tahun 1969 namun pasukan itu tewas kepada Manchester United.
O'Farrell dikenali sebagai pengurus United yang menggantikan Matt Busby pada tahun 1971, walaupun hanya berada di Old Trafford selama 18 bulan.
Di bawah kendaliannya, pasukan Red Devils ini hanya mampu menduduki tempat kelapan dalam carta liga.
O'Farrell dipecat pada tahun 1972 dan digantikan dengan Tommy Docherty, ketika itu United menduduki tangga ketiga dari bawah.
Dia kemudian menjadi pengurus Cardiff, pasukan kebangsaan Iran dan kelab bola sepak Emiriah Arab Bersatu (UAE), Al-Shaab.
"Semua di Manchester United sedih dengan berita pemergian bekas pengurus kami, Frank O'Farrell," kata pasukan itu di laman web rasmi.
Leicester turut memberi penghormatan terakhir.
"Kami sangat sedih dengan berita pemergian bekas pengurus kami Frank O'Farrell pada 6 Mac, 2022 ketika berusia 94 tahun," kata pasukan itu.
Topic Berkaitan
#Frank O'Farrell
#Manchester United
#pengurus
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan