awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
NVIDIA bayar US$20 bilion, ambil alih teknologi Groq
NVIDIA dilapor uji kemampuan faundri Intel 18A untuk cip AI
Bekas CEO Yahoo Marissa Mayer perkenal pembantu maya AI baharu 'Dazzle'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belasungkawa: Pemergian 'Raja Libas' Adnan Saidin, satu kehilangan besar

Bernama
Bernama
15/05/2023
06:57 MYT
Belasungkawa: Pemergian 'Raja Libas' Adnan Saidin, satu kehilangan besar
Jenazah legenda sepak takraw Malaysia, Adnan Saidin diusung oleh anggota keluarga serta sahabat handai ke Surau Kampung Padang bagi solat jenazah hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Pemergian legenda sepak takraw Malaysia, Adnan Saidin hari ini merupakan satu kehilangan besar kepada arena sukan negara.
Adnan, 66, atau lebih dikenali sebagai "Raja Libas" meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyyah (HSB), Alor Setar, Kedah kira-kira pukul 6 pagi tadi akibat masalah kesihatan.
Dilahirkan pada 25 Feb 1957 di Kampung Padang, Tandop, Kedah menyaksikan Adnan telah mengabdikan diri dalam sukan takraw dengan menjadi ketua pasukan negara dari 1980-1986 dan Kedah dari 1976-1992.
Kebijaksanaannya dalam mengawal permainan telah membantu pasukan Kedah menjulang Piala Emas Khir Johari dalam Kejohanan Sepak Takraw Kebangsaan pada 1981, 1985, 1986 dan 1987.
Bapa kepada enam anak itu yang bermain posisi apit kiri sebagai perejam cemerlang membantu Malaysia meraih pingat emas regu berpasukan Sukan SEA Jakarta 1979, Manila 1981 dan Singapura 1983, selain menjuarai Kejohanan Asia 1984 di Kuala Lumpur serta Piala Raja Thailand 1985 di Bangkok.
Perjuangan mendalam yang dipamerkan Adnan telah meninggalkan banyak kenangan manis yang tidak dilupakan peminat sukan tempatan terutama ketika berdepan musuh tradisi Thailand pada aksi final Sukan SEA di Jakarta pada 1979.
Libasan maut yang dipamerkan Adnan terkena tepat ke dada apit kanan Thailand menyaksikan pemain itu tumbang, sesak nafas dan terpaksa diusung keluar gelanggang sekali gus Adnan gah menempah nama dalam sukan berkenaan.
Kemuncak kejayaan Adnan ialah dinobatkan selaku Pemain Terbaik Asia 1984 dan digelar Raja Sepak Takraw Asia 1986.
Jenazah Allahyarham Adnan akan dikebumikan di Kampung Padang, Kedah selepas solat zuhur hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#legenda sepak takraw
#Raja Libas
#Adnan Saidin
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan