awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi benarkan Capital A kurangkan modal, usaha keluar daripada status PN17
'Bukan saya, saya baru ‘clock in’ selepas Kamar Khas' - Kah Woh
Dua maut, dua lagi parah dirempuh Mercedes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berbasikal Trek Para Dunia: Mohammad Yusof Hafizi raih perak 1km ujian masa

Bernama
Bernama
17/10/2025
07:30 MYT
Berbasikal Trek Para Dunia: Mohammad Yusof Hafizi raih perak 1km ujian masa
Muhammad Yusof Hafizi Shaharuddin (kiri) raih pingat perak pada Kejohanan Berbasikal Trek Para Dunia 2025 di Rio de Janeiro, Brazil. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Atlet para negara Muhammad Yusof Hafizi Shaharuddin mencipta sensasi apabila meraih pingat perak pada Kejohanan Berbasikal Trek Para Dunia 2025 di Rio de Janeiro, Brazil awal pagi tadi.

Ringkasan AI
  • Muhammad Yusof Hafizi raih pingat perak dalam acara 1km ujian masa kategori MC1 di Kejohanan Berbasikal Trek Para Dunia 2025 di Rio, dengan catatan 1:15.432s.
  • Atlet para negara pecah rekod kebangsaan ketika pusingan kelayakan dengan masa 1:14.117s dan masih berpeluang tambah pingat dalam acara pecut 200m.
  • Pasukan tandem negara tamat di tempat keempat, manakala Zuhairie Ahmad Tarmizi berada di kedudukan ke-10 bagi kategori MC5.

Atlet berusia 28 tahun yang beraksi dalam acara 1 kilometer (km) ujian masa kategori MC1 pada kejohanan itu mencatat masa 1:15.432 saat (s), ketinggalan 0.25 saat di belakang pemenang pingat emas dari Sepanyol Ricardo Ten Argiles, manakala gangsa dimenangi atlet neutral Ivan Ermakov (1:17.657s).
Terdahulu, Mohammad Yusof Hafizi berjaya memecah rekod kebangsaan acara berkenaan ketika melayakkan diri ke pusingan akhir dengan catatan masa 1:14.117s.
"Kejayaan ini membuka peluang lebih besar apabila beraksi pada Sukan Para ASEAN di Korat, Thailand dan Sukan Para Asia di Nagoya, Jepun pada 2026," kata jurulatih skuad berbasikal para negara Sallehudin Mohd Noh.
Mohammad Yusof Hafizi masih berpeluang memperoleh pingat dalam acara seterusnya iaitu pecut 200m pada hari ketiga perlumbaan nanti, sekali gus diharap akan memberikan saingan dalam acara itu.
Dalam pada itu, pasukan tandem pecut berpasukan campuran negara yang dibarisi Mohd Khairul Hazwan Wahab-Muhammad Khairul Adha Rasol serta gandingan Nur Suraiya Muhammad Zamri-Farina Shawati Mohd Adnan menamatkan saingan di tempat keempat selepas tewas kepada pasukan Great Britain dalam perebutan tempat ketiga dengan catatan masa 52.729s, berbanding 50.406s yang dilakukan pencabar.
Bagi acara 1km ujian masa kategori MC5 pula, pelumba negara Zuhairie Ahmad Tarmizi menamatkan saingan di tempat kesepuluh dengan catatan masa 1:08.571 pada peringkat kelayakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#atlet para negara
#Muhammad Yusof Hafizi Shaharuddin
#raih pingat perak
#Kejohanan Berbasikal Trek Para Dunia 2025
#Brazil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan