Gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya menamatkan kemarau pingat emas selama 16 tahun dalam acara beregu lelaki Malaysia pada temasya Sukan SEA apabila bangkit untuk mengalahkan beregu Thailand, pada final edisi ke-30 di sini, pada Isnin.
Pada penampilan sulung di temasya dwitahunan ini, Aaron-Chia-Soh Wooi Yik melengkapkan hari gemilang skuad badminton negara apabila menewaskan Bodin Isara-Maneepong Jongjit 18-21, 21-15, 21-16 di Kompleks Sukan Muntinlupa di sini.
Lebih manis, kemenangan tersebut merupakan kejuaraan pertama mereka sejak digandingkan pada hujung 2017 serta menjadi tonik terbaik menjelang Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF di Guangzhou, China, bermula Rabu ini.
Malaysia kali terakhir memenangi emas acara beregu lelaki menerusi gandingan Choong Tan Fook-Lee Wan Wah pada edisi 2003 di Vietnam.
Kemenangan Aaron-Wooi Yik itu sekali gus menyaksikan mereka menyumbang emas ketiga skuad negara selepas perseorangan lelaki, Lee Zii Jia dan perseorangan wanita, S. Kisona pada hari terakhir saingan.
"Memang sangat gembira, sebab ini kejuaraan pertama untuk kami. Sesuatu yang amat ditunggu-tunggu selama ini. Kejayaan ini adalah petanda baik bagi menghadapi Jelajah Dunia Akhir BWF di Guangzhou," kata Aaron kepada media selepas perlawanan itu.
Bagi Wooi Yik, beliau akui pingat emas sulung dalam karier mereka amat bermakna, namun menjelaskan ia tidak diperolehi dengan mudah, memandangkan lawan di pentas final itu memiliki kelebihan tersendiri.
Menurutnya, kekalahan set pertama disebabkan percaturan taktikal dan selepas membuat perubahan dari segi pendekatan, ia membuahkan hasil.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 09 2019
Beregu negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik meraikan kemenangan selepas menewaskan beregu Thailand, Bodin Isara dan Maneepong Jongjit dalam acara badminton beregu lelaki akhir pada Sukan SEA 2019 di Kompleks Sukan Muntinlupa. - Foto BERNAMA
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kurang tenang antara faktor Aaron-Aooi Yik terlepas gelaran sulung Seluruh England - Rexy
Aksi kurang tenang diperagakan beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik merupakan antara punca mereka terlepas peluang mendakap gelaran pertama Seluruh England.
SELBATC: Aaron-Wooi Yik bangkit pastikan kemenangan kedua Malaysia
Aaron Chia-Soh Wooi Yik, melakar kebangkitan luar biasa untuk memastikan mata kedua sekali gus hanya selangkah untuk mara ke final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia.
Aaron-Wooi Yik persiap senjata rahsia untuk BATC 2024
Aaron Chia-Soh Wooi Yik, mempunyai 'senjata rahsia' apabila enggan mendedahkan rejim latihan baharu, dalam menghadapi Kejohanan Berpasukan Badminton Asia (BATC) 2024.
Terbuka India: Aaron-Wooi Yik wakil tunggal Malaysia di separuh akhir
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadi wakil tunggal negara mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir Terbuka India di New Dehli, hari ini.
Terbuka India: Aaron-Wooi Yik, Zii Jia tempah slot ke suku akhir
Tiga wakil Malaysia, beregu Aaron Chia-Soh Wooi Yik serta pemain perseorangan lelaki Lee Zii Jia, berjaya menempah slot ke suku akhir di kejohanan badminton Terbuka India 2024.
Badminton Terbuka Malaysia: Aaron-Wooi Yik dapat rating 7/10
Jurulatih beregu lelaki negara Tan Bin Shen, memberi skala markah 7/10 kepada Aaron Chia-Soh Wooi Yik, berhubung persembahan pada Terbuka Malaysia.
Terbuka Malaysia: Harapan Aaron-Wooi Yik teruskan cabaran negara punah
Kemarau kejuaraan dalam kejohanan terbuka di laman sendiri masih lagi tiada noktahnya.
Badminton: Aaron-Wooi Yik buru final Terbuka Malaysia
Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik tekad untuk mara ke final kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2024 bermula 9-14 Jan ini.
Aaron-Wooi Yik fokus aksi konsisten hadapi Paris 2024
Antara kelemahan yang perlu ditangani terutama sebelum Sukan Olimpik Paris 2024 adalah aspek mental di gelanggang.
Wooi Yik cedera, beregu lelaki tarik diri Badminton Terbuka Perancis
Aaron Chia-Soh Wooi Yik menarik diri sebelum memasuki gelanggang pada pusingan pertama Terbuka Perancis 2023 sebentar tadi.