awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
Pengarah drama Manjalara, Haris Kadir meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Beri Azeem masa'

Sinar Harian
Sinar Harian
24/08/2023
01:45 MYT
'Beri Azeem masa'
Azeem (kiri) meraih pengalaman berguna beraksi dalam saingan Kejohanan Olahraga Dunia di Budapest baru-baru ini. Kanan: Muhammad Amir Izwan. - Foto agensi/BERNAMA
JURULATIH pelari pecut, Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah menyambut baik sebarang pandangan berkaitan teknik larian anak didiknya, Muhammad Azeem Fahmi dalam Kejohanan Olahraga Dunia di Budapest baru-baru ini.
Ia susulan pesanan bekas pelari kebangsaan, Nazmizan Muhammad yang berharap Azeem menukar pendekatan memperlahankan rentak larian ketika menghampiri garisan penamat.
Nazmizan menganggap pendekatan yang diambil Azeem - pemegang rekod kebangsaan acara 100 meter (m) sesuatu yang kurang baik.
Amir berkata, barisan kejurulatihan amat menghargai pandangan itu yang mampu menjadi penambahbaikan buat Azeem.
“Saya amat meraikan pendapat jurulatih lain demi kebaikan Azeem,” katanya kepada Sukan Sinar pada Selasa.
Amir menjelaskan teknik itu merupakan strategi yang bergantung kepada keperluan peringkat larian yang Azeem sertai, malah pendekatan sama dipraktiskan atlet bertaraf dunia.
“Biasanya memperlahankan larian itu sebagai satu strategi bergantung kepada keperluan di peringkat mana larian. Ia memang biasa dilakukan atlet bertaraf dunia,” katanya.
Amir memberitahu, Azeem perlu mengharungi peringkat kelayakan kerana penyertaannya di Budapest adalah atas tiket wild card.
Justeru katanya, selepas melepasi peringkat itu, Azeem bersaing pula dalam pusingan pertama untuk meraih slot ke separuh akhir.
“Azeem sudah berlari dengan baik walaupun baru pulih daripada kecederaan. Malah dia perlu mendapatkan semula keyakinan diri untuk memperoleh rentak larian yang lebih baik,” ujar Amir.
Amir memberitahu, barisan kejurulatihan yang diketuai Ken Harden giat menganalisis teknik larian Azeem itu dalam usaha menambah baik strategi sebagai persiapan untuk mengharungi Sukan Asia Hangzhou di China September depan.
“Kami (barisan kejurulatihan), Azeem, coach Ken dan saya sedang menganalisis untuk mencari jawapan kepada soalan tersebut.
“Selepas membuat perbincangan kaedah latihan akan dipertingkatkan. Fokus kepada kekuatan mental dan fizikal sebagai persediaan menghadapi Sukan Asia nanti,” katanya.
Amir juga berharap peminat dan penganalisis sukan memahami situasi yang dilalui oleh atlet berusia 19 tahun itu yang merupakan penuntut di Universiti Auburn, Amerika Syarikat (AS).
Malah beliau berkata, apa yang dilalui oleh Azeem merupakan satu proses yang panjang memerlukan sokongan serta doa dalam kalangan rakyat Malaysia.
“Percaya kepada proses dan untuk dapat kejayaan bukan dalam satu tempoh yang singkat. Mohon dapat beri ruang dan masa kepada Azeem untuk melihat dia mencapai catatan masa bawah 10 saat (s) seperti yang diharapkan oleh seluruh rakyat Malaysia.
“Azeem bermotivasi tinggi dan memberikan yang terbaik bagi setiap pertandingan demi mengharumkan nama baik negara.
“Perlu diingatkan bahawa Azeem di AS adalah pelajar sambil berlatih. Pada saya kata kunci ialah konsisten,” ujar Amir.
Azeem yang beraksi atas tiket wild card gagal melangkah ke separuh akhir dalam penampilan sulungnya ketika Kejohanan Olahraga Dunia di Budapest, Hungary pada Ahad lalu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Azeem Fahmi
#Kejohanan Olahraga Dunia Budapest
#Nazmizan Muhammad
#Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan