KUALA LUMPUR: Saya tidak akan menolak untuk bertanding di Sukan Komanwel, kata bekas pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei.
Secara peribadinya Chong Wei merasakan bermain di Sukan Komanwel akan sentiasa menjadi keutamaan beliau kerana temasya itu hanya dianjurkan empat tahun sekali berbanding Kejohanan Badminton Dunia, yang berlangsung setiap tahun kecuali pada tahun penganjuran Olimpik.
"Kejohanan Dunia adalah lebih penting untuk karier, namun Sukan Komanwel lebih jauh pentingnya untuk negara," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
Legenda badminton negara berkata demikian ketika ditanya mengenai keputusan pemain profesional negara Lee Zii Jia yang menarik diri daripada Sukan Komanwel Birmingham, yang dijadualkan berlangsung dari 28 Julai hingga 8 Ogos.
Malam semalam, Zii Jia menerusi video yang dikongsikan kepada media menyatakan bahawa, agak sukar untuk beliau berhadapan dengan jadual ketat yang dihadapi sejak kebelakangan ini, selain mahu menumpukan sepenuhnya kepada Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo dari 22-28 Ogos, sebagai alasan utama beliau menarik diri dari Sukan Komanwel.
BACA: Zii Jia sah tarik diri daripada Sukan Komanwel, fokus Kejohanan Dunia
Chong Wei tidak pernah gagal untuk memberikan Malaysia pingat emas untuk Malaysia dengan memenangi tiga emas dalam acara perseorangan lelaki, sejak mula mewakili negara pada edisi 2006 di Melbourne, Australia.
Namun pemain dari Pulau Pinang itu tidak menyertai edisi Glasgow 2014, disebabkan masalah kecederaan.
Juara tiga kali Sukan Komanwel itu menegaskan, penarikan diri Zii Jia tentunya akan memberikan masalah dan menyukarkan peluang skuad badminton untuk mencapai sasaran dua pingat emas di Birmingham, seperti yang ditetapkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM), minggu lepas.
"Memang lebih berat untuk pemain perseorangan Malaysia untuk menang pingat emas, tidak mudah kerana ada pemain India, juara dunia 2021 dari Singapura Loh Kean Yew dan jangan lupa Bryan Yang dari Kanada," katanya.
Chong Wei juga percaya keputusan Zii Jia itu akan memberi kesan kepada cabaran Malaysia dalam acara berpasukan campuran, walaupun masih mempunyai pasangan beregu keenam dunia Aaron Chia-Soh Wooi Yik, pasangan wanita nombor 10 dunia Pearl Tan-M. Thiinah dan pemain berpengalaman Chan Peng Soon yang akan berpasangan dengan Cheah Yee See dalam beregu campuran.
Bagaimanapun pingat perak Sukan Olimpik tiga kali itu berkata status Zii Jia sebagai pemain persendirian sejak awal tahun ini, menjadikan lebih mudah untuk juara Kejohanan Badminton Asia 2022 itu untuk tidak menyertai Birmingham.
"Fakta bahawa beliau bukan lagi pemain pasukan kebangsaan menjadikan lebih mudah untuknya tidak bermain di Birmingham. Jika dia di pasukan kebangsaan, Sukan Komanwel tentunya menjadi keutamaan" katanya.
Sementaraitu Chong Wei berkata pemain perseorangan lelaki utama Persatuan Badminton Maysia Ng Tze Yong, tidak mempunyai pilihan lain kecuali untuk memikul tanggungjawab besar mengisi kekosongan ditinggalkan oleh Zii Jia di Birmingham.
Oleh sebab itu beliau berharap pemain nombor 48 dunia itu akan bersedia secara mental dan menunjukkan permainan terbaiknya, pada acara yang akan berlangsung di National Exhibition Centre.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 23 2022

CHONG WEI: Kejohanan Dunia adalah lebih penting untuk karier, namun Sukan Komanwel lebih jauh pentingnya untuk negara. - Gambar fail/BERNAMA

Ganja di Thailand | Pemuda Muslim Thai bimbang kebenaran akan disalah guna
Sebahagian besar rakyat Thailand masih belum memahami inti pati sebenar undang-undang mengenai usaha dekriminalisasi penggunaan ganja dalam sektor perubatan pelancongan, kata Penolong Pengarah Persatuan Pelajar Muslim Thai, Muyaheedeen Tohseng.

Kes Rasuah | Syed Saddiq cabar kredibiliti keterangan saksi utama
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, akan mencabar kredibiliti keterangan saksi utama iaitu bekas Penolong Bendahari Armada Parti Bersatu kerana didakwa bercanggah dengan keterangan yang diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

MAVCOM | Trafik penumpang capai rekod tertinggi sejak pandemik
Jumlah trafik penumpang udara mencatat rekod tertinggi sejak permulaan pandemik COVID-19 selepas mencapai angka 8.7 juta, pertumbuhan sebanyak 415.6 peratus tahun ke tahun. Menurut laporan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), pertumbuhan ini disebabkan kesan asas yang rendah dengan trafik penumpang pada suku pertama 2021 berjumlah 1.7 juta.

PLUS | Lebih 265 PLUSRonda bakal ditugaskan menjelang Aidiladha
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengambil langkah proaktif dengan mengerahkan kira-kira 265 pasukan PLUSRonda bagi meningkatkan rondaan terutamanya di lokasi-lokasi kritikal sepanjang lebuh raya menjelang sambutan Aidiladha. Ia susulan kira-kira 1.9 juta kenderaan akan berada di lebuh raya pada Aidiladha ini berbanding 1.8 juta kenderaan sehari pada hari-hari biasa, terutamanya pada hari-hari puncak iaitu 8 Julai (Jumaat) dan 11 Julai (Isnin).

Dua remaja maut kemalangan motosikal di Taiping
Dua remaja maut dalam kemalangan melibatkan sebuah motosikal di kilometer (km) 206.6 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, pada Khamis.

Parlimen | Akta PSA perlu dihidupkan semula - Wong Chen
Akta Perkhidmatan Parlimen (PSA) perlu dihidupkan semula bagi memastikan semak dan imbang dapat diperkukuhkan dalam Parlimen. Demikian jelas Ahli Parlimen Subang, Wong Chen dalam wawancara anjuran Bersih dan Majlis Peguam bertajuk 'Gearing Up For GE15: What Reforms Do Voters Want?' secara maya pada Khamis.

Kenaikan OPR | BNM, DOSM diminta beri penjelasan
Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) diminta untuk memberi penjelasan berhubung justifikasi kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada rakyat.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 7 Julai 2022.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kecoh di KLIA, lebih 400 jemaah haji visa furada terkandas
Lebih 400 jemaah Haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ekoran tidak dapat berlepas ke Jeddah, Arab Saudi pada malam Khamis.

Bermain di Sukan Komanwel sentiasa menjadi keutamaan saya - Chong Wei
Saya tidak akan menolak untuk bertanding di Sukan Komanwel, kata bekas pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei.

Sokong Gaza: Ahli parlimen Britain nyatakan sokongan kepada Azizulhasni melalui Twitter
Ahli parlimen Bradford West, Geroge Galloway menyuarakan sokongan tersebut menerusi laman Twitternya hari ini.