SUKAN
Bertemu Palestin: Faisal Halim terkeluar daripada perancangan Harimau Malaya

Jurulatih Peter Cklamovski mengesahkan keputusan ini demi persiapan terbaik pemain. - Stadium Astro
BINTANG Selangor, Faisal Halim, terkeluar daripada perancangan ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski, menjelang perlawanan persahabatan kedua tier 1 skuad negara bertemu Palestin di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Isnin ini.
Ringkasan AI
- Faisal Halim tidak sertai Harimau Malaya lawan Palestin di SSI Isnin ini kerana isu peribadi dan kecederaan kecil di lutut.
- Jurulatih Peter Cklamovski sahkan keputusan ini demi persiapan terbaik pemain, walaupun Faisal tunjuk komitmen tinggi dalam latihan.
- Faisal sempat beraksi sebagai pemain gantian ketika Malaysia menewaskan Singapura 2-1 pada aksi persahabatan sebelum ini.
Jelasnya, bekas pemain Terengganu itu tidak mengikuti skuad kebangsaan ke Johor meskipun sering menampilkan kualiti terbaik dalam latihan mahupun diturunkan beraksi di atas padang.
"Dia sentiasa menonjolkan semangat yang tinggi ketika latihan dan menunjukkan komitmen terbaik bersama Harimau Malaya.
"Dia juga berdepan situasi peribadi ketika ini dan kami sangat memahami.
"Mickey juga mengalami kecederaan kecil di bahagian lututnya.
"Sudah pasti ia tidak memberi kesan kepada persiapan dirinya, namun itu adalah keputusan yang tepat untuknya tidak bersama Harimau Malaya.
"Kami pasti Faisal tidak akan berkompromi dengan kualiti persiapannya dan dia kekal menjadi sumber inspirasi kepada negara," katanya.
Untuk rekod, pemain berusia 27 tahun itu sempat beraksi sebagai pemain gantian ketika Malaysia menewaskan Singapura 2-1, Khamis lalu. -- Stadium Astro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami