awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Nurul Nazla ditemui selamat
Liga Super: JDT buka tirai tahun 2026 tewaskan Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bertolak 4.30 pagi ke Johor demi Kem Badminton Astro

Astro Arena
Astro Arena
24/06/2022
22:45 MYT
Bertolak 4.30 pagi ke Johor demi Kem Badminton Astro
Jagtheesvaran menjelaskan pengorbanannya bagi memanfaatkan platfom Kem Badminton Astro untuk anaknya. - Foto Astro ARENA
LEBIH 400 pemain menyertai sesi pemilihan pertama Kem Badminton Astro di Johor Bahru semalam.
Jurulatih Kem Badminton Astro, Choon Chew Eng, berasa senang dengan peserta yang hadir sambil berharap dapat membutirkan bintang untuk negara pada masa depan.
"Kami sedang mencari bakat baru dan hari ini saya nampak beberapa pemain berpotensi tetapi kami harap dapat bakat terbaik.
"Ada yang sanggup datang dari Negeri Sembilan ke Johor Bahru, ini menunjukkan keteguhan hatinya yang benar-benar minat dengan badminton," katanya.
Semua pelanggan Astro berpeluang menyerlahkan bakat anak-anak mereka dan antara yang mencuri tumpuan ialah kelibat keluarga yang sanggup menempuh perjalanan lebih 250km semata-mata untuk memastikan anak mereka tidak terlepas peluang.
Sementara itu, bapa peserta, B Jagtheesvaran menjelaskan pengorbanannya bagi memanfaatkan platform Kem Badminton Astro.
"Disebabkan slot di Kuala Lumpur sudah penuh, jadi saya bertolak dari Seremban pukul lebih kurang 4.30 pagi tadi.
"Kalau dia terpilih maka saya perlu datang semula dari Seremban esok," katanya.
Kem Badminton Astro akan mengadakan pemilihan di lima lokasi terpilih untuk semua zon dan akan berlanjutan hingga 31 Julai depan.
Topic Berkaitan
#Kem Badminton Astro
#sesi pemilihan
#serlahkan bakat anak-anak
#pelanggan Astro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan