Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun menyerahkan kepada anggota gabungan Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) untuk menentukan siapa presiden baharu persatuan itu berikutan peletakan jawatan presidennya Datuk Seri Mohamad Hasan baru-baru ini.
Aminuddin berkata beliau sedia maklum mengenai peletakan jawatan Mohamad sebagai presiden PBNS dan terpulang kepada anggota gabungan PBNS untuk menentukan siapa presiden baharu mereka.
"Saya serahkan kepada anggota gabungan PBNS untuk mereka tentukan sendiri arah mana persatuan ini hendak dibawa. Yang penting bagi kita ialah kesinambungan kepimpinan dan saya rasa perlu diberi ruang kepada golongan muda untuk menerajui PBNS. Bagi saya tiada masalah dan buatlah keputusan dengan bijak demi kemajuan sukan bola sepak negeri ini.
"Kerajaan negeri sentiasa memberi sokongan kepada PBNS kerana bola sepak mempunyai ramai peminatnya di negeri ini," katanya kepada pemberita di sini, pada Ahad.
Ditanya jika anggota gabungan PBNS berpendapat beliau sendiri mengambil alih jawatan (presiden) itu, Aminuddin berkata beliau akan mempertimbangkan perkara itu tetapi buat masa ini beliau belum memutuskannya lagi.
"Apa-apa pun saya serahkan kepada persatuan sendiri untuk tentukan masa depan mereka. Mana yang baik mereka fikirkan, itu yang lebih baik. Saya tidak ingin membuat percaturan atau menentukan siapa harus berada sebagai presiden, timbalan presiden dan sebagainya...ini saya serahkan kepada persatuan.
"Kita hendak ada kebebasan demokrasi dalam mereka menyusun persatuan mereka sendiri," katanya.
Pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif PBNS Rabu lepas, Timbalan Presiden PBNS Datuk Seri Mat Ali Hassan mengumumkan peletakan jawatan Mohamad sebagai Presiden PBNS.
Turut meletak jawatan ialah Naib Presiden PBNS, Datuk Ghani Hasan, dan Bendahari PBNS, Datuk Mohd Haslah Mohd Amin.
Mat Ali berkata jawatan presiden PBNS kini dipangku beliau buat sementara.
Katanya PBNS akan mengadakan mesyuarat agung luar biasa dengan satu agenda untuk membuat pengisian semua jawatan melalui pertandingan.
Tarikh mesyuarat agung luar biasa itu bagaimanapun akan ditetapkan dalam mesyuarat pengurusan nanti. -- Bernama
Bernama
Mon Jun 11 2018
Aminuddin berkata beliau akan mempertimbangkan mengambil alih jawatan presiden PBNS tetapi buat masa ini beliau belum memutuskannya lagi. - BERNAMA/Fail
MOM bakal hantar resolusi rayu kerajaan teruskan penganjuran Sukan SEA 2027
MOM akan menghantar resolusi kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk merayu agar Malaysia kekal menjadi penganjur Sukan SEA 2027.
AWANI Borneo [29/04/2024] – Perkukuh sektor perhutanan | Calon ADUN Tanjung Batu | Piala Borneo bakal kembali
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar
#AWANIBorneo 29 April 2024
Sarawak perkukuh kerjasama dengan Sweden, sektor perhutanan tumpuan utama
Calon ADUN Tanjung Batu, Bung Moktar kekal dengan pendirian, Andi reda tapi tunggu bubar dulu
Fazzrudin sambut baik usaha tubuhkan Gagasan Bola Sepak Borneo
#AWANInews
#AWANIBorneo 29 April 2024
Sarawak perkukuh kerjasama dengan Sweden, sektor perhutanan tumpuan utama
Calon ADUN Tanjung Batu, Bung Moktar kekal dengan pendirian, Andi reda tapi tunggu bubar dulu
Fazzrudin sambut baik usaha tubuhkan Gagasan Bola Sepak Borneo
#AWANInews
Vokalis Dewa 19, Virzha kahwin wanita Arab
Salah seorang vokalis Dewa 19, Virzha mengakhiri zaman bujang pada usia 33 tahun.
Blok Negara Islam Sedang ‘Stress’? Langsung Dialog 4 Menteri Luar
Situasi meruncing di Gaza, konflik Iran-Israel dan ditambah pula persaingan kuat dua kuasa, Amerika Syarikat dan China dilihat terus membayangi percaturan geopolitik dan geoekonomi negara-negara Islam di Asia Barat. Menteri Luar Turkiye dan Arab Saudi antara yang tampil duduk sepentas
membincangkan apa lagi yang bakal jadi nanti.
#SpecialMeeting24
membincangkan apa lagi yang bakal jadi nanti.
#SpecialMeeting24
Krisis iklim: Kanak-kanak antara paling terjejas - UNICEF
Apabila bencana alam berlaku, kanak-kanak lebih terdedah dan berpotensi mengalami kesan yang berpanjangan.
Raja Permaisuri Agong terima menghadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan menerima menghadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia Ailsa Terry di Istana Negara.
Masyarakat Cina bersama meriahkan rumah terbuka UMNO Sandakan
Masyarakat Cina di sekitar Sandakan bwersama memeriahkan dan menikmati juadah di rumah terbuka Aidilfitri anjujran UMNO Sandakan.
Gagasan Bola Sepak Borneo bantu tingfkatkan kualiti pemain Sarawak
Presiden Kuching FA Fazzrudin Abdul Rahman menyambut baik uaha menubuhkan Gagasan Bola Sepak Borneo yang diyakini mampu menggilap kualiti bola sepak di pulau itu.
Terserah Bung Moktar, yang penting khidmat untuk rakyat dulu - Andi
ADUN Tanjung Batu, Datuk Andi Muhamad Suryady Bandy menyerahkan kepada Datuk Seri Bung Moktar untuk memastikan kemenangan UMN O dalan PRN 17 namun pada masa sama berharap perkara mengenai calon dibincang selepas DUN Sabah dibubar.
PRN 17: Pimpinan UMNO Sabah berhak nilai calon terbaik
Ketua Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan pihaknya bertanggungjawab menetukan calon terbaik untuk mewakili parti itu dalam PRN Sabah ke-17.
Kupang tercemar semulajadi, isu dipulihkan dalam masa terdekat - MB
Aminuddin berkata, kupang tersebut dicemari toksik secara semulajadi, dan bukan berpunca daripada aktiviti pihak-pihak tertentu.
Elak makan kupang, kerangan sementara waktu - Aminuddin
Kerajaan negeri akan melihat beberapa aspek sebelum tindakan lanjut diambil berdasarkan laporan daripada Jabatan Perikanan negeri termasuk jumlah penternak dan sebagainya.
16,000kg daging segar dijual pada 'Program Mantai Rayo' Negeri Sembilan
Kira-kira 16,000 kilogram daging pejal atau 160 ekor lembu disediakan untuk rakyat negeri ini sempena jualan 'Program Mantai Rayo Negeri Sembilan' menjelang sambutan Aidilfitri bulan depan.
Kawasan di Tampin, Jempol rekod tanpa hujan 13 hari berturut-turut
Beberapa kawasan di Tampin dan Jempol merekodkan ketiadaan hujan hingga 13 hari berturut-turut akibat fenomena El Nino kali ini.
27 tapak projek JENDELA di Negeri Sembilan siap dibina
Sejumlah 27 infrastruktur telekomunikasi baharu bagi fasa satu di bawah JENDELA di Negeri Sembilan telah siap dibina.
Aminuddin nafi campur tangan tamatkan kontrak Zaquan Adha
Menteri Besar Negeri Sembilan menafikan masuk campur tangan dalam keputusan menamatkan kontrak bekas kapten Harimau Malaya, Zaquan Adha Abdul Radzak.
Negeri Sembilan capai sasaran, catat pelaburan RM10.1 bilion tahun lepas - Aminuddin
Berdasarkan rekod kelulusan MIDA, pelaburan pada 2023 menunjukkan lonjakan 13 peratus berbanding RM8.9 bilion pada tahun sebelumnya.
RM17 juta naik taraf Stadium Hoki Seremban 2, dua kompleks KBS
Daripada jumlah itu, RM5 juta digunakan untuk membaik pulih stadium hoki manakala RM12 juta bagi kerja-kerja menaik taraf dua kompleks KBS.
Penjawat awam penggerak, ejen sebar luas konsep Malaysia MADANI - Aminuddin
Menerusi program itu, ketua-ketua jabatan dapat berfikir secara strategik serta menghasilkan nilai karamah insaniah yang tinggi.
Golongan nelayan sentiasa dalam 'radar' kerajaan negeri - Aminuddin Harun
Kerajaan negeri akan sentiasa memberikan bantuan dan sokongan kepada pengeluar makanan termasuk nelayan dan penternak akuakultur.