KUALA LUMPUR: Bekas perenang para negara, Koh Lee Peng memberitahu beliau sendiri yang memilih untuk menjual barangan kecil dan kantung tisu supaya dapat hidup berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain sepanjang masa.
Pemenang tujuh pingat emas Sukan Para ASEAN (APG) itu yang bergerak dengan bantuan kerusi roda, turut meminta orang ramai dan netizen supaya mengelak membuat tuduhan tidak berasas tanpa mengetahui cerita sebenar, selain mengakui menerima bantuan daripada beberapa pihak sebelum ini.
"Ada juga menerima tawaran menjadi jurulatih, tetapi saya tidak mahu kerana masa saya sudah berlalu. Saya bukannya terbiar atau tidak ada rumah sendiri, cuma tidak mahu menganggu adik-beradik kerana mereka pun sudah ada keluarga sendiri.
"Saya sudah biasa kerja kilang dan sebagainya, tidak mahu lagi bekerja dengan orang lain, macam mana kalau OKU (orang kurang upaya) sendiri tak faham kesusahan OKU. Saya memang nak buat perniagaan sendiri dan tidak malu dengan perniagaan ini," katanya ketika ditemui pemberita di kawasan Bukit Bintang hari ini.
Beliau turut meminta semua pihak supaya tidak menyusahkan beliau dengan berjanji untuk membantunya dan mengambil maklumatnya tetapi janji tinggal janji tanpa sebarang bantuan diberikan, selain berharap tidak dilayan dengan kasar ketika melakukan perniagaan di kawasan tumpuan orang ramai.
Terdahulu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ti Lian Ker serta Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed melawat dan menyampaikan sedikit bantuan wang tunai dan hamper sempena Tahun Baharu Cina kepada Lee Peng.
Sebelum ini, tular di media sosial dan dilaporkan dalam media bahawa Lee Peng, pemenang tujuh pingat emas dan tiga perak ketika mewakili negara di APG dari 2001 hingga 2005 terpaksa menjual kantung tisu di kawasan Bukit Bintang demi kelangsungan hidupnya dan kononnya tiada pihak yang membantunya selama ini.
Sementara itu, Ti menjelaskan bahawa Lee Peng menjalankan perniagaannya di ibu negara sambil mengikuti rakannya ke kursus di sebuah syarikat penapis air selama tiga minggu di sini dan bakal pulang ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang esok berikutan kursusnya tamat.
"Beliau ke sini bersama rakannya (yang dikenali sebagai Andrew) untuk mengikuti kursus dan perniagaan ini adalah kemahuan sendiri tanpa mengharapkan simpati daripada orang ramai. Mereka berdua juga memiliki syarikat berdaftar (enterprise) yang cukup untuk membantu lapan lagi OKU di bawahnya.
"Jadi untuk mengatakan kerajaan tidak menolong dan mengambil berat mengenai dirinya adalah tidak benar sama sekali. Kita juga ada bagi peluang dan tawaran kepadanya sebelum ini menerusi YAKEB, namun beliau memilih untuk berdikari sendiri.
Bila isu ini diviralkan, beliau (Lee Peng) tidak gembira dengan situasi ini dan rasa terhina, beliau mengharapkan orang ramai menghormatinya," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 20 2022
Koh Lee Peng memberitahu beliau sendiri yang memilih untuk menjual barangan kecil dan kantung tisu supaya dapat hidup berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain sepanjang masa. - Foto Facebook/Kelana Putra Muhamad
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Mahkamah: Suspek tembak KLIA dituduh cuba bunuh isteri
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa lagi hari ini di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan termasuk cuba membunuh isterinya.
[TERKINI] Reman terhadap anak seorang MB disambung sehari lagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh tempoh lanjutan tahanan reman terhadap anak Menteri Besar dan empat lagi suspek bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
MSN minta usah sensasi isu Lee Peng di media sosial
Majlis Sukan Negara (MSN) meminta pengguna media sosial agar tidak "mensensasikan" isu berhubung nasib dialami bekas atlet para negara, Koh Lee Peng.
Biar saya hidup berdikari - Lee Peng
Koh Lee Peng memberitahu beliau sendiri yang memilih untuk menjual barangan kecil dan kantung tisu supaya dapat hidup berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain.
Bekas atlet Paralimpik negara mohon diberi ruang untuk berdikari
Koh Lee Peng, 46, berkata beliau sering diganggu malah dituduh sebagai pendatang asing yang cuba mengambil kesempatan meminta sedekah di negara ini.