ALOR SETAR: Bin Zayed International LLC diumumkan sebagai penaja antarabangsa utama pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bagi saingan bola sepak Liga Super musim ini.
Pemilik Majoriti KDA FC Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar berkata pihaknya berterima kasih kepada syarikat gergasi dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu kerana menerima tawaran diberikan sekali gus menjadi pencetus kepada syarikat asing untuk menaja pasukan bola sepak di Malaysia.
"Mereka (Bin Zayed) telah mengenali saya dan ini amanah yang harus dipikul untuk mengurus pasukan agar lebih baik kerana ia turut melibatkan nama mereka juga," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran jersi, lagu dan pengumuman penaja di Stadium Darul Aman di sini malam tadi.
Majlis itu disempurnakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Selain itu, Mohd Daud memaklumkan KDA FC juga mendapat tajaan daripada syarikat Kensana Health yang berpusat di Kanada.
"Kedah turut mendapat tajaan daripada Langkawi Pure (HHH Group Sdn Bhd); Energy Eco Berhad; Tek Financial (L) Limited; Cosmic Angle Travel & Tours Sdn Bhd; PayHalal (Souqa Fintech Sdn Bhd); BerryPay (M) Sdn Bhd; Data Sukan Sdn Bhd dan Lotto (Prestige Sports Sdn Bhd)," katanya.
Dalam pada itu, Mohd Daud berkata jelajah praperlawanan di Turkiye selama 10 hari sebelum ini telah mewujudkan 'keluarga baharu' dalam pasukan berkenaan sekali gus membentuk keserasian antara pemain.
"Bagi saya (tempoh) 10 hari bermain di sana satu aset yang cukup besar. Bila ada rasa kekeluargaan akan ada komunikasi dan bila ada itu ada hubungan yang baik dan mereka akan lebih serasi, jadi keserasian itulah yang kita hilang tahun-tahun lepas.
"Jadi ini suasana yang cukup baik selain ketahanan minda dan fizikal, itu yang luar biasa apabila mewujudkan keluarga baharu dalam kalangan pemain kita sebagai persiapan menjelang liga," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 19 2023
Langkah Bin Zayed menerima tawaran diberikan KDA FC mampu menjadi pencetus kepada syarikat asing untuk menaja pasukan bola sepak di Malaysia. - Facebook Kedah Darul Aman FC
Kerajaan diminta segera buka jalan Serudung-Simanggaris
Naib Pengerusi GRS Tan Sri iew Yun Fah menganggap pembukaan jalan sempadan antarta Serudung, Kalabakan dan Semanggris, Indonesia akan memeri limpahan rezeki kepada penduduk Sabah.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
MOTS bekerjasama dengan pelbagai agensi selesaikan kes penumpang terkandas
Kementerian pengangkutan Sarawak (MOTS) akan terus bekerjasama dengan beberapa agensi dalam menyelesaikanisu penumpang terkandas akibat pembatalan penerbangan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Letusan Gunung Ruang: Penduduk bergejala pernafasan diminta dapatkan rawatan segera
Pengarah JKNS Datuk Dr, Asits Sanna meminta orang ramai yang memiliki tanda dan gejala pernafasan agar segera mendapatkan rawatan kerana dibimbangi tersedut debu Gunung Berapi Ruang.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Komuniti di Sarawak digalakkan mohon tubuh PAWE - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata buat masa ini, Sarawak hanya mempunyai 13 PAWE dan jumlah itu tidak mencukupi bagi sebuah negeri yang besar.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kanak-kanak dua tahun lemas dalam tasik berhampiran masjid
Mangsa terjatuh ke dalam tasik berdasarkan maklumat diperoleh daripada keluarga mangsa yang berada di masjid itu untuk menunaikan solat Zuhur.
Pusat Jantung Negara akan diwujudkan di Sabah dengan peruntukan segera RM80 juta - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan segera RM80 juta bagi menaik taraf Hospital Queen Elizabeth II kepada Hospital Pakar Jantung.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Ekonomi Sabah di landasan tepat - Hajiji
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan GRS berjaya meletakkan Sabah di landasan betul dengan pertumbuhan positif ekonomi negeri itu sejak tiga tahun lalu.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Pelajar perlu jelaskan status kesihatan sebelum sertai aktiviti sekolah - JPNS
JPNS memohon pelajar untuk menjelaskan status kesihatan masing-masing kepada pihak sekolah sebelum menyertai sebarang program di dalam dan luar bilik darjah terutama melibatkan aktiviti fizikal.
AWANI Ringkas: Lebih 34,000 nyawa rakyat Palestin terkorban
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KBS pastikan pemantauan terhadap persatuan sukan kebangsaan diperkasa
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu memastikan pemantauan terhadap Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) terus diperkasa, kata menterinya Hannah Yeoh.
Kedah pelawa pihak berminat bantu, taja KDA FC
Kerajaan negeri Kedah mempelawa pihak berminat membantu atau menaja pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang kini sedang berhadapan dengan masalah kewangan.
MFL minta maklumat tambahan dari Kedah
Pasukan Kedah Darul Aman FC diminta menyerahkan maklumat tambahan kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sebelum sebarang keputusan dibuat.
'Sanusi jangan lepas tangan isu tunggakan gaji KDA FC' - AMK Kedah
Biarpun KDA FC bukan dimiliki oleh kerajaan negeri, namun ia membawa nama Kedah dalam arena bola sepak negara.
Kedah nafi aksi persahabatan dengan Santos, wujud salah faham
Tidak ada sebarang persetujuan rasmi dari KDA FC berkenaan perlawanan yang dirancang dengan kelab dari Brazil, Santos.
Pertahanan KDA FC kemalangan
Pemain Kedah Darul Aman (KDA) FC, Amirul Hisyam Awang Kecik mengalami kecederaan selepas terbabit kemalangan di Bandaraya Alor Setar pada Selasa.
Kedah nafi tandatangani bintang K-League
Pengurus Kedah Darul Aman FC, Zul Fadli Rozi, menafikan kehadiran bekas pertahanan FC Seoul berkenaan.
Spekulasi perpindahan: Kedah dapatkan pertahanan tengah FC Seoul?
Kedah Darul Aman FC kini hangat dikaitkan untuk mendapatkan pertahanan tengah dari kelab Liga Korea Selatan (K-League), Osmar Barba, bagi saingan Liga Malaysia musim depan.
Terima kasih Amri Yahyah
Perlawanan Liga Super antara Sabah FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada Ahad menjadi perlawanan terakhir buat Mohd Amri Yahyah.
Bapa pemilik KDA FC meninggal dunia
Bakar difahamkan dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Alor Setar kerana tidak sihat dan tidak selesa bernafas pada Rabu lalu.
Masalah kewangan KDA FC, Mohd Daud janji lunas tunggakan gaji
Pemilik pasukan Kedah Darul Aman FC mengesahkan pasukan itu sedang berhadapan masalah kewangan yang menyebabkan bayaran gaji tertunggak.