awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia rancang bangun jana kuasa nuklear secara berperingkat
PNB nilai tawaran am sukarela Sunway ke atas IJM berdasarkan pertimbangan komersial
Pesalah buang sampah jalani Perintah Khidmat Masyarakat serentak 13 Feb ini - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bina legasi baru bola sepak, lupakan yang lama - Khairy

Norsiah Mohd Ramli
Norsiah Mohd Ramli
10/09/2015
15:54 MYT
Bina legasi baru bola sepak, lupakan yang lama - Khairy
KHAIRY: Apa yang penting sekarang ini ialah fokus pada masa depan. Foto BERNAMA
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin berpendapat Malaysia perlu membina legasi baru sukan bola sepak dengan penglibatan akar umbi khususnya kanak-kanak.
Saranan dibuat Khairy setelah beliau merasakan tiada lagi harapan boleh disandarkan kepada pasukan kebangsaan yang sedia ada.
Bercakap dalam forum Tanya Gomen bertajuk "Generasi hispter terlalu manja untuk bersukan?", pandangan beliau itu dikongsi ketika prestasi Harimau Malaya terus dipersoal, gara-gara tewas teruk 10-0 di tangan Emiriah Arab Bersatu (UAE) minggu lalu.
"Kita perlu cari penyertaan anak muda dalam bidang sukan ini dari peringkat akar umbi. Ini masalah utama yang perlu diberi perhatian.
"Tidak ada apa lagi yang dapat dikerahkan daripada pasukan yang ada. Apa yang penting sekarang ini ialah fokus pada masa depan," katanya.
Sementara itu, Khairy turut menjelaskan bahawa Pesuruhjaya Sukan tiada kuasa untuk merombak jawatan dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
"Ramai yang suruh saya rombak semula jawatan Presiden FAM. Mereka tidak tahu sebenarnya saya tiada kuasa untuk merombak FAM. Itu di luar bidang kuasa saya.
"Pesuruhjaya Sukan boleh membatal atau mengantung pendaftaran sesebuah badan sukan sahaja, bukan merombak sesebuah badan persatuan sukan," tegasnya. katanya.
Pada masa sama, Khairy mengumumkan sukan kriket termasuk di dalam senarai sukan Asia Tenggara (SEA) 2017 yang mana Malaysia merupakan tuan rumah.
Topic Berkaitan
#akar umbi
#bola sepak
#Khairy Jamaluddin
#legasi
#Tanya Gomen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan