awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terpedaya iklan hartanah? Pembeli ada enam tahun untuk ambil tindakan undang-undang
Kerajaan sokong titah Sultan Selangor bantah aktiviti LGBT
Agenda Rumah Bangsa, Musyawarah Nasional penjenamaan semula UMNO, BN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bintang Chelsea, Eden Hazard sah milik Real Madrid

Agensi
Agensi
07/06/2019
21:45 MYT
Bintang Chelsea, Eden Hazard sah milik Real Madrid
Sepanjang tujuh musim bersama Chelsea, Hazard telah menjaringkan 110 gol dengan 352 penampilan. - Gambar fail/AP
EDEN Hazard disahkan menyertai kelab bola sepak Sepanyol, Real Madrid dengan yuran perpindahan dipercayai melebihi 150 juta pound (RM793 juta)
Perpindahan pemain antarabangsa Belgium itu ke Galacticos membabitkan kontrak lima tahun dan ketika ini Hazard hanya perlu menjalani pemeriksaan perubatan sebelum boleh beraksi di Liga Sepanyol.
Bekas bintang Chelsea itu dijangka dipersembahkan kepada umum sebagai pemain Real Madrid pada 13 Jun ini.
Sepanjang tujuh musim bersama Chelsea, Hazard telah menjaringkan 110 gol dengan 352 penampilan.
Hazard juga telah membantu Chelsea memenangi Liga Perdana Inggeris dan Piala Liga Europa sebanyak dua kali, Piala FA serta Piala Liga Inggeris.
BACA: #AWANIEuropa: Saya rasakan ia ucapan selamat tinggal - Hazard
Topic Berkaitan
#Belgium
#bola sepak
#Chelsea
#Liga Perdana Inggeris
#perpindahan
#Piala FA
#Real Madrid
#sepanyol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan