BINTANG gusti WWE, Bray Wyatt atau nama sebenarnya, Windham Rotunda, dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 36 tahun.
Perkara itu dimaklumkan oleh WWE menerusi kenyataan media di laman web organisasi itu pada Jumaat.
Kematian mendiang tidak didedahkan pada awalnya, namun menurut laporan, Rotunda meninggal dunia akibat serangan jantung selepas menghidap COVID-19 yang telah memburukkan lagi keadaan jantungnya.
"WWE dengan sedih mengumumkan bahawa Windham Rotunda, juga dikenali sebagai Bray Wyatt, telah meninggal dunia pada hari Khamis, 24 Ogos, pada usia 36 tahun.
"Dikenali dengan persembahannya yang mengasyikkan dan kehadirannya yang luar biasa di dalam gelanggang, Wyatt adalah seorang 'Superstar' dalam generasinya dan telah meraih banyak pencapaian di WWE, termasuk menjadi Juara WWE pada tahun 2017," kata kenyataan itu.
Daripada kepimpinannya dalam The Wyatt Family bersama Luke Harper, Erick Rowan, dan Braun Strowman hingga ke wataknya sebagai 'The Fiend', Rotunda turut pernah bersaing dengan beberapa bintang ikonik lain seperti John Cena, Randy Orton, The Undertaker, dan juga The Rock.
"WWE mengucapkan takziah kepada keluarga, rakan dan peminat Rotunda," kata kenyataan itu lagi.
Memetik laporan BBC, penggusti terkenal itu telah berdepan dengan isu kesihatan yang telah mengekangnya daripada beraksi di dalam gelanggang sejak Februari lalu.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Kandungan WWE, Paul 'Triple H' Levesque, berkata beliau telah dimaklumkan tentang kematian Rotunda oleh bapanya.
"Saya baru sahaja menerima panggilan daripada Ahli WWE Hall of Famer, Mike Rotunda, yang memberitahu kami berita tragis bahawa Windham Rotunda yang juga dikenali sebagai Bray Wyatt, secara tiba-tiba meninggal dunia awal hari ini.
"Ingatan kami bersama keluarganya dan kami memohon agar semua orang menghormati privasi mereka pada masa ini," ujarnya.
Rotunda datang dari keluarga penggusti, termasuk datuknya Blackjack Mulligan, bapanya Mike dan adik lelakinya, Bo Dallas.
Lahir di Brooksville, Florida pada 23 Mei 1987, Wyatt pernah menjuarai kejohanan gusti peringkat negeri semasa di sekolah menengah dan mendapat biasiswa bola sepak ke Universiti Troy.
Namun, beliau meninggalkan pengajiannya sebelum tamat untuk menjadi penggusti profesional, membuat penampilan profesional pertamanya pada tahun 2009.
Beliau bertarung dengan beberapa nama termasuk Husky Harris, Alex Rotunda, Duke Rotundo dan yang paling terkenal, The Fiend.
Sementara itu, Dwayne Johnson, yang juga dikenali sebagai The Rock, merupakan antara bintang yang memberi penghormatan kepada mendiang.
Melalui laman X, Johnson berkata dia "sedih dan terluka" dan sentiasa mempunyai "penghormatan dan kasih sayang yang sangat besar" terhadap Rotunda.
"Sentiasa gembira dengan kehadirannya, promosinya, persembahannya di dalam gelanggang, dan hubungannya dengan alam semesta WWE.
"Watak yang sangat unik, 'cool', dan jarang ditemui, yang sukar dicari dalam dunia gusti yang 'gila' ini," tulisnya.
Agensi
Fri Aug 25 2023
Bintang gusti WWE, Bray Wyatt atau nama sebenarnya, Windham Rotunda, dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 36 tahun. - Foto Instagram/@WWE
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Final Jelajah Dunia BWF: Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bergelar naib juara selepas tewas kepada pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong pada final Jelajah Dunia BWF.
Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan
Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Untuk Olimpik LA2028, ISN telah diberi sejumlah peruntukan bagi melihat cara untuk memperkasa lagi R&D untuk prestasi atlet.
Bintang WWE, Bray Wyatt meninggal dunia pada usia 36 tahun
Bintang gusti WWE, Bray Wyatt atau nama sebenarnya, Windham Rotunda, dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 36 tahun.