Skip to main content

Sukan

Bojan Hodak akur dengan kekalahan Kelantan

41358918657_295x200.jpg
Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak sememangnya akur bahawa pasukannya bukan tandingan Selangor.

Apa yang lebih mengecewakan pengendali ini, Skuad The Red Warriors melepaskan gol mudah kepada lawan.

โ€œKita tak berhak untuk menang, kita layak untuk kalah. Pasukan melakukan kesilapan dalam pertahanan dan melepaskan gol mudah," kata Hodak kepada pemberita.

Kekalahan ini adalah yang kedua dialami juara bertahan itu, menyaksikan pasukan Kelantan sekadar mengumpul enam mata daripada enam perlawanan.

Seperti juga Selangor, Kelantan perlu segera bangkit dalam mempersiapkan pasukan bagi menghadapi Piala AFC.

Advertisement

Must Watch Video