awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bukan tugas mudah untuk mengejar Chelsea - Pochettino

Astro Arena
Astro Arena
05/02/2017
03:40 MYT
Bukan tugas mudah untuk mengejar Chelsea - Pochettino
POCHETTINO: Kmahu fokus dalam beraksi lebih baik dalam setiap perlawanan.
MAURICIO POCHETTINO enggan menafikan peluang anak buahnya dalam mengejar pendahulu Liga Perdana Inggeris, Chelsea, sementara masih menanti Harry Redknapp untuk menunaikan janji membawanya keluar makan.
Tottenham, yang menduduki tangga kedua liga, mengatasi Middlesbrough 1-0 pada Sabtu hasil sepakan penalti Harry Kane.
Spurs kini kekal sembila mata dibelakang pendahulu Chelsea yang berjaya mengetepikan cabaran Arsenal dengan kemenangan mudah 3-1 di Stamford Bridge.
Ditanyakan sama ada dia percaya anak buahnya mampu mengejar Chelsea, Pochettino memberitahu BT Sport: "Fokus utama kami adalah untuk memenangi setiap perlawanan dan cuba merapatkan jurang dengan Chelsea.
"Kami bukan sahaja mahu menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik tetapi juga mahu fokus dalam beraksi lebih baik dalam setiap perlawanan. Sembilan mata bukan mudah untuk dikejar tetapi pada saya ia tidak mustahil. Apa sahaja boleh berlaku. Apa yang penting adalah cuba untuk memenangi setiap perlawanan."
Bekas pengendali Tottenham, Redknapp mengucapkan tahniah ekoran kemenangan ke atas Boro dan turut menawarkan untuk membawa Pochettino makan malam.
Pochettino menjawab:"Saya ingat lagi kamu ada berjanji perkara sama musim lepas, saya masih menanti kamu menunaikan janji itu!"
Topic Berkaitan
#berita bola sepak
#Chelsea
#EPL
#Mauricio Pochettino
#Tottenham Hotspur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan