awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buktikan anda layak mendapat tempat, kata Maloney kepada pemain

Bernama
Bernama
13/07/2020
20:52 MYT
Buktikan anda layak mendapat tempat, kata Maloney kepada pemain
Brad Maloney bercakap pada sidang media kem latihan pusat skuad B-18 di Wisma FAM, Kuala Lumpur, 8 Julai, 2020. --fotoBERNAMA/Fail
"Bekerja keras dan buktikan anda layak untuk mendapat tempat di dalam pasukan ini."
Itulah nasihat Ketua Jurulatih Kebangsaan Skuad Bawah 19 tahun (B-19) Brad Maloney buat 35 pemain yang dipanggil menyertai kem latihan pusat sebelum menyertai Kejohanan B-19 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Uzbekistan, Oktober depan.
Jurulatih berusia 48 tahun kelahiran Australia itu berkata beliau tidak mengamalkan pilih kasih dalam proses pemilihan biarpun ada antara pemain yang dipanggil bermain di luar negara, termasuk beberapa pemain berdarah campuran atau pemain yang mempunyai talian darah dengan rakyat Malaysia.
"Tiada keistimewaan diberikan kepada pemain dalam pasukan ini. Setiap orang perlu berjuang untuk mendapat tempat mereka.
"Sebagai contoh, Wan Kuzri Wan Kamal ialah seorang pemain yang mempunyai kualiti kerana beraksi dalam pasukan senior di Amerika Syarikat, tetapi seperti yang pernah saya katakan, dia perlu bersaing untuk mendapatkan tempatnya dengan pemain lain," katanya kepada wartawan sebelum sesi latihan skuad itu di Wisma FAM, di Kelana Jaya pada Isnin .
Dalam hal ini, Maloney berkata Wan Kuzri dijangka menyertai latihan pusat Rabu ini selepas menjalani tempoh kuarantin 14 hari di rumahnya sebaik sahaja kembali dari Amerika Syarikat, dua minggu lepas.
Pandangan sama turut disuarakan pemain kacukan Malaysia-England, Zachry Raiff Ghazie Yeoh yang mendedahkan kesemua 35 pemain yang dipanggil pada sesi latihan perlu membuktikan kemampuan masing-masing untuk mengintai peluang beraksi di Uzbekistan, nanti.
"Bagi saya, kenyataan mengatakan bahawa pemain berdarah kacukan mempunyai peluang cerah mewakili pasukan kebangsaan adalah tidak betul kerana jurulatih tidak bersikap pilih kasih kerana beliau melihat prestasi kesemua pemain.
"Persaingan agak sengit, tapi saya akan bekerja keras untuk dapatkan tempat dalam skuad utama selepas gagal dalam percubaan pertama pada tahun lepas," kata pemain yang beraksi dengan Brooke House Football Academy di England itu.
Kejuaraan B-19 AFC 2020 yang dijadual berlangsung dari 14 hingga 31 Okt depan menjadi medan kelayakan ke Piala Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) 2021, dan Skuad B-18 negara menyasarkan muncul pasukan Malaysia pertama layak secara merit beraksi di pentas Piala Dunia.
Malaysia diundi dalam Kumpulan D bersama bekas juara, Qatar, selain negara yang sedang meningkat naik, Tajikistan dan Yaman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#afc
#berdarah campuran
#bola sepak
#Brad Maloney
#FAM
#kacukan
#keistimewaan
#Kejohanan B-19
#kem latihan
#luar negara
#Malaysia
#pemain
#pemilihan
#Piala Dunia
#pilih kasih
#Qatar
#rakyat Malaysia
#Uzbekistan
#Wan Kuzri Wan Kamal
#Zachry Raiff Ghazie Yeoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan