KUALA LUMPUR:Selepas kejayaan menyamai catatan rekod juara dunia Formula Satu (F1) tujuh kali menerusi kerja keras dan kecemerlangannya, Lewis Hamilton kini menjangka menghadapi cabaran lebih sukar dalam usaha memecahkan rekod tersebut, iaitu menjadi juara dunia buat kali kelapan.
Pemandu Mercedes AMG Petronas itu yang bersyukur atas kejayaan yang telah dicapainya dalam karier permotoran penuh mencabar berkata, beliau tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan, tetapi bersedia untuk bekerja lebih keras dalam mencapai cita-citanya itu.
Warga Britain berusia 35 tahun itu juga menjangkakan dominasi tujuh tahun pasukannya dalam sukan itu akan dicabar hebat terutamanya Red Bull Racing dan pasukan McLaren, dengan pasukan McLaren akan bertukar daripada menggunakan enjin Renault kepada Mercedes musim hadapan.
Ini terutamanya selepas melihat pasukan Red Bull menguasai perlumbaan dari petak permulaan hingga ke garisan penamat oleh Max Verstappen pada perlumbaan terakhir di Abu Dhabi, di mana pemandu Mercedes Valtteri Bottas dan Hamilton, masing-masing di tempat kedua dan ketiga.
"Ia akan membuatkan tugas yang banyak untuk rakan-rakan saya, menghadapi cabaran tahun hadapan untuk kami bina sebuah jentera, pada ketika ini kami perlu bekerja secara terbuka, minda terbuka dan berusaha membaiki dinamik, dalam cara yang berbeza... Bukan mudah untuk dipertingkatkan lagi setiap tahun.
"Jadi sebenarnya saya tidak tahu bagaimana hendak mencapainya, tetapi tahu ia memerlukan kerja yang banyak, saya perlu bekerja lebih keras daripada sebelum ini, dan belajar lebih lagi untuk terus berada di tempat teratas dengan kereta ini lebih lagi dari tahun ini. Saya juga perlu mengerakkan rakan-rakan saya untuk lebih cekap dan pastikan mereka dahagakan kemenangan dan paksa mereka sehingga mereka berada pada tahap terbaik, tetapi tidak berputus asa.
"Saya secara serius fikir tahun hadapan Red Bull akan menjadi pencabar dan McLaren juga... Saya rasa ia suatu yang menarik, tetapi bukanlah kami tidak takut atau apa-apa, tetapi kami sukakan kepada cabaran itu," katanya dalam sesi sidang maya bersama media terpilih, baru-baru ini.
Musim 2020 yang terganggu dengan pandemik COVID-19, melihat Hamilton menyamakan rekod juara dunia tujuh kali Michael Schumacher dengan 347 mata, 100 mata meninggalkan rakan sepasukan di tempat kedua dengan 223 mata.
Hamilton turut mencatatkan namanya sebagai pelumba F1 yang menang paling banyak, memenangi 95 perlumbaan, 98 kedudukan petak pertama dan 165 podium, lebih daripada pelumba lain dan dilabelkan peminat sebagai terbaik dalam sukan sepanjang masa, walaupun terpaksa tidak menyertai Grand Prix Sakhir di Bahrain, selepas diuji positif COVID-19.
Musim 2020 ini juga memperlihatkan pasukan kerjasama Mercedes-Petronas meneruskan dominasinya untuk memenangi gelaran juara kategori pengeluar F1 dengan 573 mata, memenangi 13 daripada 17 perlumbaan musim ini, di mana Hamilton sendiri memenangi 11, manakala Bottas menang dua perlumbaan.
Bercakap mengenai dominasi pasukan 'Silver Arrow' itu sejak 2014, Hamilton berkata Petronas telah memainkan peranan penting dalam memastikan kenderaan mereka paling konsisten, tahan lasak, berkuasa tinggi dan efisien, walaupun pada keadaan dan suhu paling extrem.
"Kami perlu bergantung kepada Petronas untuk memberikan kami minyak paling efisien dan pelincir dengan rintangan paling rendah dan penyejukan yang mengekalkan suhu komponen-komponen. Sebagai contoh, engin adalah jantung kereta, jadi kami selalu bercakap mengenai cecair yang menjadi darah kepada enjin kami.
"Petugas Petronas memberikan sokongan di Turin dan Makmal 'Trakside' di setiap grand prix, bekerja keras setiap masa bekerjasama dengan mereka di HPP (Mercedes AMG High Performance Powertrains) untuk bantu kami mencapai apa yang kami capai. Saya tidak rasa orang tahu, apabila kami bercakap mengenai dominasi, ini sebahagian utama mengenainya. Yang lain tidak lakukan apa yang kami buat bersama Petronas, ia semudah itu," katanya berkaitan syarikat minyak negara.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 18 2020
Hamilton menjangkakan dominasi tujuh tahun pasukannya dalam sukan itu akan dicabar hebat terutamanya Red Bull Racing dan pasukan McLaren. - Bernama
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Tindakan tataterbib dikenakan jika penguatkuasa langgar SOP
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata sebarang pelanggaran Prosedur Atau Operasi Standard (SOP) dan kod etika oleh pegawai penguatkuasa agama ketika mengendalikan operasi khalwat boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Lewis Hamilton kritik filem F1 guna gear salah
Filem yang dibintangi Brad Pitt ini dijangka ditayangkan pada tahun 2025.
Lewis Hamilton dedahkan tekanan mental dihadapinya
Lewis Hamilton mendedahkan bahawa beliau telah bergelut dengan masalah kesihatan mental hampir sepanjang hidupnya disebabkan dibuli di sekolah dan tekanan perlumbaan, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Grand Prix Belgium: Hamilton diisytihar juara selepas Russell tersingkir
Russell rersingkir selepas keretanya didapati tidak memenuhi syarat selepas perlumbaan.
F1: Hamilton menangis selepas menang GP Britain
Juara dunia tujuh kali itu menangis ketika bercakap melalui radio pasukan pada pusingan akhir.
F1: Lewis Hamilton akan 'berseronok' dari petak ke-18 di GP China
Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton berkata dia berhasrat untuk "berseronok" dalam Grand Prix F1 China Ahad selepas berada di petak ke-18.
Lewis Hamilton buat kejutan muncul di SMK Seri Keramat
Penampilan khas Lewis Hamilton di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat berjaya menarik perhatian netizen.
Verstappen ganti Hamilton musim depan?
Toto Wolff mendedahkan buat pertama kali bahawa dia berbesar hati untuk menerima kehadiran Max Verstappen menyertai pasukan Mercedes.
Pelumba F1 bimbang terhadap kenaikan kadar denda oleh FIA
Lewis Hamilton serta seluruh pelumba Formula 1 boleh dikenakan denda sehingga 1 juta euro berikutan perubahan drastik terhadap peraturan sukan itu.
F1: Hamilton mampu atasi Schumacher dengan gelaran F1 kelapan - Andretti
Mario Andretti tidak percaya Hamilton melakukan kesilapan apabila menyerahkan masa depannya kepada Mercedes.
F1: Alonso puji Verstappen sebagai pemandu terbaik selepas Schumacher
Verstappen hanya perlu mengumpul tiga mata dalam perlumbaan pecut Sabtu ini di Qatar bagi melengkapkan hatrik gelaran dunia.