awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cabaran Sze Fei-Nur Izzuddin di Terbuka Denmark berakhir

Bernama
Bernama
23/10/2021
16:51 MYT
Cabaran Sze Fei-Nur Izzuddin di Terbuka Denmark berakhir
Pasangan nombor ke-26 dunia itu, tewas kepada pasangan tuan rumah Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 11-21, 21-19, 18-21. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Cabaran Malaysia di Badminton Terbuka Denmark berakhir malam ini, selepas wakil terakhir negara pasangan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, tewas di separuh akhir.
Pasangan nombor ke-26 dunia itu, tewas kepada pasangan tuan rumah Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 11-21, 21-19, 18-21 pada perlawanan berlangsung hampir sejam di Odense Sport Park, menurut laman sesawang Persekutuan Badminton Dunia (BWF), www.bwf.tournamentsoftware.com.
Perlawanan akhir pad Ahad, akan menyaksikan pasangan nombor 11 dunia dari Denmark itu akan bertemu pasangan nombor 15 dunia Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dari Jepun, yang menewaskan pasangan Jerman Mark Lamsfuss-Marvin Seidel 20-22, 21-18, 21-16 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.
Sze Fei-Nur Izzuddin layak ke separuh akhir selepas menewaskan pasangan nombor tujuh dunia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia 21-18, 21-17, pada Jumaat.
Sementara pemain nombor satu perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia pula terkeluar selepas tewas kepada juara Olimpik Viktor Axelsen 21-19, 21-19, pada peringkat separuh akhir.
Pasangan beregu campuran nombor dua negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing pula tewas 21-19, 12-21 dan 14-21 pada peringkat suku akhir, kepada pemenang pingat gangsa Olimpik TOkjyo Yuta Watanabe-Arisa Higashino dari Jepun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Terbuka Denmark
#Goh Sze Fei
#nur izzuddin rumsani
#tewas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan