awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: Tiada pembinaan stadium baharu, KBS fokus naik taraf kemudahan sedia ada
Dua kontena daging babi Belgium dirampas
Kementerian, GLIC digesa tumpu pada penilaian keberkesanan inisiatif PuTERA35 - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chelsea juara Piala Dunia Kelab 2025 tewaskan PSG 3-0 di final

Muhamad Syazwan
Muhamad Syazwan
13/07/2025
23:10 MYT
Chelsea juara Piala Dunia Kelab 2025 tewaskan PSG 3-0 di final
Chelsea mencatat sejarah sebagai juara pertama edisi baharu Piala Dunia Kelab yang menampilkan 32 pasukan. - Foto Chelsea FC
CHELSEA FC menamatkan kempen gemilang mereka di Piala Dunia Kelab FIFA 2025 dengan penuh bergaya apabila menewaskan Paris Saint-Germain (PSG) 3-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium MetLife, Amerika Syarikat, pada Ahad.
Kelab dari England itu membuktikan keunggulan mereka sejak awal permainan dengan persembahan klinikal yang dipimpin oleh bintang muda sensasi, Cole Palmer.
Beliau membuka jaringan seawal minit ke-22 sebelum menambah gol kedua hanya lapan minit kemudian pada minit ke-30.
Palmer turut mencipta bantuan jaringan untuk João Pedro, yang menjaringkan gol ketiga Chelsea pada penghujung babak pertama.
PSG, yang tampil selaku pilihan bersama dalam kejohanan ini, dilihat gagal menyaingi intensiti dan ketajaman permainan Chelsea.
Walaupun cuba bangkit di separuh masa kedua, mereka terus dihimpit tekanan dan tidak mampu menjaringkan sebarang gol.
Insiden dramatik berlaku pada penghujung perlawanan apabila pemain tengah PSG, João Neves, dilayangkan kad merah selepas ditangkap VAR menarik rambut pertahanan Chelsea, Marc Cucurella, dalam satu pergelutan.
Keadaan menjadi lebih panas selepas wisel penamat apabila berlaku pertengkaran melibatkan pengurus PSG, Luis Enrique, yang dilaporkan menampar João Pedro hingga mencetuskan kekecohan antara pemain dan staf kedua-dua pasukan.
Namun, insiden itu sedikit pun tidak mencemari malam gemilang Chelsea yang mencatat sejarah sebagai juara pertama edisi baharu Piala Dunia Kelab yang menampilkan 32 pasukan.
Kejayaan ini bukan sahaja menambah satu lagi trofi ke kabinet mereka, malah turut menghadiahkan kelab itu hadiah wang tunai mencecah £93 juta.
Kejayaan ini turut mengukuhkan reputasi Cole Palmer sebagai antara pemain muda paling berpengaruh di Eropah ketika ini, dengan dua gol dan satu bantuan jaringan di pentas final menjadi bukti bakat luar biasanya.
Topic Berkaitan
#Chelsea
#PSG
#Paris Saint-Germain
#Piala Dunia Kelab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan