KUALA LUMPUR: Pemain bukan pilihan dari Indonesia, Chico Aura Dwi Wardoyo, akhirnya berjaya menamatkan kemarau tanpa sebarang kejuaraan antarabangsa apabila meraih gelaran Masters Malaysia 2020 di Axiata Arena Bukit Jalil, di sini, hari ini.
Pemain perseorangan lelaki Indonesia itu menampilkan aksi membanggakan dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan, Ng Ka Long Angus dari Hong Kong,22-20, 21-15, pada pertarungan sengit untuk gelaran sulung kejohanan berstatus BWF Super 500.
Pemain nombor ke-45 dunia itu berkata ia adalah impian yang menjadi kenyataan untuk melakarkan pencapaian terbesar setakat ini sejak mula mewakili pasukan kebangsaan Indonesia pada 2015.
"Saya harap kemenangan ini akan memberi inspirasi kepada saya untuk bermain dengan baik pada kejohanan akan datang dan setanding dengan rakan sepasukan - Anthony Sinisuka Ginting dan Jonatan Christie," kata pemain berusia 24 tahun itu selepas aksi final itu.
Sementara itu, pemain Korea Selatan, An Se Young muncul juara perseorangan wanita selepas akhirnya menewaskan juara bertahan, Chen Yu fei dari China, buat pertama kali dalam lapan pertemuan mereka sebelum ini.
Se Young menjadi pemain pertama dari Korea Selatan merangkul kejuaraan tersebut selepas menyingkirkan Yu Fei dengan keputusan straight set 21-17, 21-5 dalam tempoh 38 minit.
Pemain berusia 20 tahun dan berada di ranking keempat dunia itu mengakui bahawa sukar untuk mempercayai boleh memenangi final terhadap Yu Fei selepas tewas kepada pemain ranking ketiga dunia itu selama ini.
Saya melakukan banyak kajian tentang permainannya menerusi video lama dan itu banyak membantu saya meningkatkan prestasi menentangnya," katanya yang membuat persediaan menghadapi Kejohanan Dunia 2022 di Tokyo dari 21 hingga 28 Ogos ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 10 2022
Chico Aura Dwi Wardoyo meraih gelaran Masters Malaysia 2020 di Axiata Arena Bukit Jalil, hari ini. - Bernama
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Chico Aura tamat kemarau gelaran, Se-Young juarai Masters Malaysia
Chico Aura Dwi Wardoyo, akhirnya berjaya menamatkan kemarau tanpa sebarang kejuaraan antarabangsa apabila meraih gelaran Masters Malaysia 2020 di Axiata Arena Bukit Jalil, hari ini.
Zii Jia mara ke suku akhir Terbuka Taiwan
Zii Jia yang bukan pemain pilihan menewaskan Chico Aura Dwi Wardoyo dari Indonesia, 21-17 dan 21-8 dalam perlawanan pusingan kedua yang berlangsung di Arena Taipei.