AARHUS (Denmark): China merampas kembali gelaran juara Piala Uber daripada Jepun setelah menewaskan juara bertahan 3-1 dalam aksi final yang berlangsung di Ceres Arena, di sini malam tadi (awal pagi ini waktu Malaysia).
Kejayaan yang diraih membolehkan China menjulang trofi berprestij itu buat kali ke-15, selepas sembilan kali meraih gelaran juara pada 1998 hingga 2016 sebelum Jepun merampasnya pada 2018 di Bangkok selepas terkandas di peringkat separuh akhir tunduk kepada Thailand 3-2.
Jepun yang menyasarkan gelaran ketujuh Piala Uber, bermula dengan baik apabila pemain di ranking kelima dunia Akane Yamaguchi menyempurnakan tugasnya menyumbang mata pertama menewaskan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo Chen Yu Fei 21-18, 21-10.
Gandingan emas Sukan Olimpik Tokyo Chen Qing Chen-Jia Yi Fan berjaya mengikat kedudukan 1-1 walaupun terpaksa mengharungi perlawanan sengit berlangsung selama hampir dua jam sebelum mengecewakan Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto 29-27, 15-21, 21-18.
China yang terkenal dengan kehebatan skuad wanitanya kembali berada di hadapan selepas pemain di ranking kesembilan dunia He Bing Jiao menewaskan Sayaka Takahashi 21-9, 2-18 sebelum pasangan Huang Dong Ping-Li Wen Mei mengesahkan mata kemenangan China, menewaskan Misaki Matsutomo-Nami Matsuyama 24-22, 23-21 dalam satu pertarungan sengit.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 17 2021

Kejayaan yang diraih membolehkan China menjulang trofi berprestij itu buat kali ke-15. Foto Weibo

Pelantikan Tajuddin sebagai Duta Besar Malaysia sepatutnya tidak jadi isu - Saifuddin
Pelantikan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia yang baharu, sepatutnya tidak menjadi isu.

Bukan MN, tetapi individu tolak MN sedang nyawa-nyawa ikan - Sanusi
Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan kerjasama Muafakat Nasional (MN) tidak berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.

Anthony Albanese bakal Perdana Menteri Australia baharu
Keputusan awal ini dikeluarkan oleh tiga media tempatan utama Australia, Perbadanan Penyiaran Australia, 7 News dan Sky News Australia.

MAIS tetap pendirian tamat kontrak guru KAFA tolak vaksin
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tetap dengan pendirian mereka dengan isu penamatan kontrak guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) susulan menolak pengambilan vaksin COVID-19.

Agenda AWANI Asia: Era Baharu Keunggulan Muzium
Tema sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2022 ‘The Power of Museum’, adakah relevan dalam konteks semasa? Muzium sebagai insitusi Pendidikan, pentingnya adaptasi dengan perkembangan teknologi digital? Saksikan Agenda Awani Asia, Sabtu 9 malam.

Sabah pohon RM265 juta baiki jalan rosak
Kerajaan Sabah telah memohon RM265 juta daripada kerajaan Persekutuan untuk membaiki jalan raya yang rosak di negeri ini.
![AWANI 7:45 [21/05/2022] - Sukar dapat ayam | Langkah tambahan sebelum ke Mekah | Pengawal keselamatan ditahan AWANI 7:45 [21/05/2022] - Sukar dapat ayam | Langkah tambahan sebelum ke Mekah | Pengawal keselamatan ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1968037/thumbnails/39699936581653138454892_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [21/05/2022] - Sukar dapat ayam | Langkah tambahan sebelum ke Mekah | Pengawal keselamatan ditahan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nailah Huda: 1. Peniaga, Pengguna resah, bekalan ayam meruncing, apa tindakan kerajaan? 2. Kerajaan mungkin perkenal mekanisme bahan api bersasar, bantu orang susah 3. Selebriti aktif politik, Altimet lawan Hans Isaac jawatan Ketua Cabang PKR #AWANInews #MalaysiaSihat

Pelancaran Pejuang Sabah dijadualkan esok ditangguhkan - Mukhriz
Pelancaran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) di Sabah yang dijadualkan esok ditangguhkan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

AWANI Ringkas: Mayat pendaki kedua ditemui
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Tiada kesan harimau di Kemensah Heights
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

COVID-19 di China: Shanghai catat kes baharu selepas lima hari sifar kes
Ia sekali gus mencetuskan kemungkinan akan berlaku sekatan dan ujian saringan besar-besaran di satu-satu daerah.

Jumlah perdagangan Malaysia naik 21.3 peratus kepada RM231.44 bilion pada April 2022 - MITI
Prestasi perdagangan Malaysia mengekalkan momentum peningkatan pada April 2022 dengan jumlah perdagangan menokok 21.3 peratus tahun ke tahun kepada RM231.44 bilion.

'Walaupun menimbulkan kegusaran, Malaysia boleh belajar dari dasar luar China'
Penting bagi Malaysia mengambil iktibar daripada dasar luar tersebut, terutama berkaitan selok-belok pembangunan ekonomi.

China Eastern MU5735: Tiada kenyataan berhubung nahas dikeluarkan NTSB - CAAC
CAAC dalam pada itu berkata ia akan berhubung dengan pasukan penyiasat NTSB dan menerbitkan maklumat tepat berhubung tragedi apabila tiba masanya.

Nahas pesawat China Eastern mungkin disengajakan - Laporan
Penyiasat Amerika Syarikat (AS) percaya seseorang di dalam kokpit pesawat itu dengan sengaja menyebabkan pesawat itu terhempas.

Laut China Selatan: Kerajaan perlu lebih tegas tangani pencerobohan China di perairan Malaysia
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan, Daud Yusuf, berkata isu itu tidak boleh dianggap ringan disebabkan ancaman berkenaan semakin membimbangkan.

Kapal udara China pecah rekod dunia
Kapal udara terapung Jimu No.1 berjaya berlepas dari pangkalan ekspedisi saintifik kapal udara terapung pada ketinggian 4,300 meter.

Piala Uber: Korea Selatan kalahkan China, akhiri penantian 12 tahun bergelar juara
Korea Selatan akhirnya berjaya menamatkan penantian 12 tahun mereka selepas berjaya mengalahkan juara bertahan China 3-2, seterusnya dinobatkan sebagai juara Piala Uber 2022.

Spekulasi pemindahan milik aset, tanah di jajaran ECRL kepada China tidak berasas - Wee Ka Siong
Datuk Seri Wee Ka Siong menegaskan, spekulasi mengenai pemindahan milik aset dan tanah-tanah di sepanjang jajaran Projek Landasan Rel Pantai Timur (ECRL) kepada negara China adalah tidak berasas.

Jepun, China, Korea Selatan, ASEAN bimbang impak perang ke atas ekonomi
Selain dasar monetari yang diperketatkan di luar jangkaan dalam beberapa ekonomi utama, gangguan rantaian bekalan yang berpanjangan turut menjadi punca kebimbangan mereka.