Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei semakin menghampiri gelaran dunia pertamanya selepas berjaya menempah slot ke final Kejohanan Dunia 2014 yang berlangsung di sini.
Pada saingan separuh akhir di Ballerup Super Arena pada Sabtu, Chong Wei diberi tekanan hebat oleh bintang muda tuan rumah, Viktor Axelsen namun beliau berjaya mengimbangi keadaan tersebut.
Perseorangan lelaki nombor satu dunia ini yang mendapat rentak permainan pada set kedua, tidak menoleh ke belakang lagi sebelum menutup aksi dengan kemenangan 21-9 dan 21-7 dalam masa 34 minit.
Kemenangan tersebut membolehkan Chong Wei membuat penampilan final buat kali ketiga selepas edisi 2011 di England dan 2013 di China.
Beliau gagal meraih gelaran dunia selepas disekat oleh musuh tradisinya, Lin Dan dari China pada 2011 manakala kekejangan otot yang dialami pada set penentuan berdepan pemain sama, dua tahun kemudian menyebabkannya terus kempunan.
Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan menentang Axelsen, Chong Wei berkata beliau tidak menyangka memperolehi keyakinan luar biasa menentang pemain itu yang mendapat sokongan padu daripada penyokong sendiri.
"Sebelum datang ke kejohanan, saya belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan (pangkal paha). Layak ke final untuk kali ketiga adalah satu kejutan.
"Saya turut memberikan semangat kepada diri sendiri bahawa saya boleh lakukannya dan fokus perlawanan demi perlawanan. Saya sudah layak ke final dan akan cuba berikan persembahan terbaik," katanya.
Anak jati Pulau Pinang ini menjelaskan, sekiranya menang pada aksi final pada Ahad, beliau menyifatkan ia merupakan hadiah hari Kemerdekaan Negara ke-57 yang paling bermakna sepanjang kariernya selaku pemain badminton.
Axelsen pula berkata beliau sudah mencuba yang terbaik untuk menumpaskan Chong Wei tetapi ternyata pemain Malaysia itu terlalu kuat buat beliau.
"Saya sedikit kecewa dengan kekalahan ini, tetapi Chong Wei bermain sangat baik. Beliau bermain pantas berbanding saya. Saya cuba bermain baik tetapi tidak menjadi," kata pemain berusia 20 tahun ini.
Beliau merasakan Chong Wei mempunyai peluang besar menjulang kejuaraan.
Dalam pada itu, jurulatih perseorangan lelaki negara, Tey Seu Bock yakin Chong Wei mampu meneruskan momentum kemenangan pada aksi final walaupun sedar bakal berdepan saingan sengit sama ada pilihan kedua Chen Long dari China atau pilihan kelima Tommy Sugiarto dari Indonesia.
Kedua-dua pemain berkenaan akan bertemu pada satu lagi aksi separuh akhir, lewat Sabtu untuk menentukan slot terakhir ke final.
"Sejak beberapa hari lepas, saya lihat momentum permainan beliau (Chong Wei) agak tinggi tetapi final esok agak berbeza kerana beliau akan beraksi buat kali ketiga.
"Saya harap beliau tidak fikir kekalahan pada dua edisi lepas, sebaliknya lihat ke hadapan. Apa yang beliau perlu buat pada aksi final adalah kekal fokus dan nikmati permainannya," kata Tey.
Bernama
Sat Aug 30 2014
Sekiranya menang pada aksi final, Chong Wei menyifatkan ia merupakan hadiah hari Kemerdekaan Negara ke-57 yang paling bermakna sepanjang kariernya - Gambar Fail
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Final Jelajah Dunia BWF: 'Hidung berdarah' tak halang Tang Jie-Ee Wei atasi wakil Indonesia
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, meneruskan rentak kemenangan dalam saingan kumpulan B Final Jelajah Dunia BWF 2024.
An Se-young dinobatkan pemain badminton wanita terbaik dunia 2024
Bintang sensasi Korea Selatan, An Se-young terus mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai pemain badminton wanita terbaik dunia.
Badminton: Tat Meng sah tinggalkan 'team' Lee Zii Jia
Pasukan Lee Zii Jia mengesahkan Pengarah Kejurulatihannya Wong Tat Meng akan meninggalkan pasukan berkenaan.
BAM ambil pendekatan berbeza untuk Sukan SEA 2025
Malaysia pada Sukan SEA di Kemboja sebelum ini menurunkan pemain muda bagi memberi peluang kepada mereka untuk menampilkan aksi cemerlang.
Final Jelajah Dunia BWF: Juara Olimpik Viktor Axelsen tarik diri
Juara Sukan Olimpik, Viktor Axelsen, sah menarik diri daripada Kejohanan Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou, China minggu depan.
Lee Zii Jia dedah faktor air mata tumpah di bumi Paris
Lee Zii Jia, mendedahkan faktor dirinya tidak dapat menahan perasaan sebak dalam sesi wawancara bersama wartawan Astro Arena usai meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024.
Saya hilang 2 kilogram selepas tewas kepada Kunlavut - Lee Zii Jia
Zii Jia mengakui dia tertekan sehingga hilang selera makan dan berat badan selepas tewas kepada Kunlavut Vitidsarn dalam separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 Ogos lalu.
Beregu lelaki bersiap sedia hadapi kalendar 2025 - Bin Shen
Penampilan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik di Jelajah Dunia Akhir 2024 pada Disember jadi peluang terbaik mengenal pasti kelemahan secara terperinci.
Jonassen terima cabaran BAM untuk jelma pingat emas Olimpik pertama
Kenneth Jonassen bersedia menyahut cabaran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menjelmakan pingat emas Olimpik pertama buat negara di Los Angeles 2028 (LA28).