Jaguh perseorangan utama Negara, Datuk Lee Chong Wei tidak berdepan masalah untuk meneruskan kemaraan apabila mudah menundukkan Marc Zwibler dari Jerman dalam tempoh 34 minit dalam persaingan Badminton Super Series, Terbuka Korea.
Turun dengan reputasi hebat selaku pilihan utama dan pemain nombor satu dunia, Chong Wei tampil cemerlang pada set pertama.
Mempamerkan aksi agresif memungut mata, pemain kelahiran Bukit Mertajam itu berjaya mencatat kemenangan 21-11.
Set kedua, tempo permainan mula rancak dengan Zwiebler bangkit memperkemaskan permainannya dalam usaha mengheret Chong Wei ke set penentuan.
Bagaimanapun, hasrat itu tidak kesampaian setelah Chong Wei berjaya menafikan kebangkitan lawannya itu dengan kemenangan 21-19.
Dengan kemenangan itu Chong Wei berjaya menempatkan dirinya ke peringkat suku akhir.
Astro Awani
Thu Jan 10 2013
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Chong Wei ke suku akhir terbuka Korea
Datuk Lee Chong Wei tidak berdepan masalah untuk meneruskan kemaraan apabila mudah menundukkan Marc Zwibler dalam tempoh 34 minit.