Chong Wei kembali ke gelanggang selepas 6 bulan

Asyraf Roslan
Januari 7, 2019 07:57 MYT
Chong Wei telah memulakan latihan pertamanya pagi ini setelah berehat 6 bulan. -FotoBERNAMA
Datuk Lee Chong Wei kembali menjalani latihan buat kali pertama selepas beliau disahkan pulih daripada kanser hidung.
Beliau dilapor tiba di gelanggang Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara pada pukul 8.13 pagi Isnin.
Menurut laporan Utusan Online, jaguh badminton negara itu tidak membenarkan sesi latihannya hari ini dirakam atas sebab-sebab tertentu.
Sebelum ini, naib juara perseorangan badminton Olimpik 2016 hanya menjalani latihan di gimnasium selepas lebih enam bulan berehat.
BACA : Saya akan kembali ke gelanggang pada Januari 2019 - Chong Wei
BACA : BAM yakin Chong Wei sedia galas cabaran ke Olimpik 2020
Laman Twitter rasmi Persatuan Badminton Malaysia ( BAM ) juga memuat naik gambar Chong Wei sedang berehat dengan kapsyen "Lihat siapa kembali! Juara di sini."

Look whos baaack! The champ is here #BadmintonMalaysia#KebanggaanKita pic.twitter.com/cSBpQatNEJ

— BAM (@BA_Malaysia) January 7, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Chong Wei juga pernah memaklumkan bahawa kanser yang dihadapinya bukan satu penghalang buat beliau untuk meraih emas di Olimpik Tokyo pada 2020.
#badminton #BAM #Lee Chong Wei #Malaysia #Olimpik #Twitter