Pemain utama negara, Datuk Lee Chong Wei tersingkir seawal pusingan kedua Kejohanan Siri Super Terbuka India apabila tewas kepada Wei Nan dari Hong Kong di New Delhi, malam semalam.
Pemain nombor tiga dunia itu yang juga pilihan utama kejohanan, tewas straight set 19-21, 19-21 kepada Wei Nan yang berada 11 ranking di bawahnya dalam pertarungan sengit selama 42 minit, demikian menurut laman sesawang Persekutuan Badminton Dunia (BWF) www.bwfbadminton.org.
Ini adalah kekalahan mengejut kedua bekas pemain nombor satu dunia itu selepas tersingkir seawal pusingan pertama di Seluruh England kepada pemain India, B. Sai Praneeth, tiga minggu lepas.
Chong Wei yang memburu gelaran keempatnya di Terbuka India selepas menjuarainya pada 2011, 2013 dan 2014, kini akan beraksi di Kejohanan Siri Super Premier Terbuka Malaysia di Stadium Malawati, Shah Alam dari 5 hingga 10 April ini.
Pemain berusia 33 tahun itu yang menjuarai Terbuka Malaysia sebanyak 10 kali, kini perlu memberikan aksi yang lebih meyakinkan untuk mendapatkan kedudukan terbaik dalam senarai ranking di Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Ogos ini.
Terdahulu, beregu utama negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong mara ke suku akhir selepas menewaskan Wang Yilyu-Zhang Wen dari China 21-18, 21-16.
Di suku akhir, juara Sukan Komanwel Glasgow 2014 itu akan menentang pilihan keempat Mads Conrad Petersen-Mads Pieler Kolding dari Denmark.
Sementara itu, pasangan Hoon Thien How-Teo Kok Siang pula tewas 19-21, 13-21 kepada pilihan kelima, Ko Sung Hyun-Shin Baek Cheol dari Korea Selatan dalam aksi pusingan kedua mereka.
Malaysia tidak menghantar wakil dalam acara perseorangan dan beregu wanita serta beregu campuran di kejohanan yang menawarkan hadiah berjumlah AS$300,000 (RM1.174 juta).
Bernama
Thu Mar 31 2016
Ini adalah kekalahan mengejut kedua bekas pemain nombor satu dunia itu selepas tersingkir seawal pusingan pertama di Seluruh England minggu lepas. - Gambar fail
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
Chong Wei tersingkir daripada Terbuka India
Pemain nombor tiga dunia itu yang juga pilihan utama kejohanan, tewas straight set 19-21, 19-21 kepada Wei Nan yang berada 11 ranking di bawahnya.