PENGURUS Manchester City, Pep Guardiola, mengisytiharkan bahawa skuad bimbingannya telah menundukkan pasukan terbaik di dunia, susulan kemenangan 3-1 mereka ke atas Barcelona dalam aksi Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.
Selepas rebah 4-0 di Camp Nou bulan lalu, City mempamerkan aksi berkeyakinan tinggi pada separuh masa kedua untuk meraih tiga mata, selain merapatkan jurang mereka dengan pendahulu Kumpulan C itu.
Lionel Messi terlebih dahulu menggegar gawang lawan di Stadium Etihad, sebelum Ilkay Gundogan menyamakan kedudukan apabila mengambil kesempatan di atas kesilapan Sergi Roberto yang cuba melakukan hantaran di bahagian pertahanan.
Permulaan garang pada babak kedua meletakkan tuan rumah di hadapan menerusi sepakan percuma Kevin De Bruyne, sebelum Gundogan sekali lagi mengukuhkan kedudukan mereka dengan ledakan gol kedua peribadinya.
Guardiola yang gusar dengan rentak permulaan anak buahnya, sebaliknya bertukar kepada nada pujian selepas beliau berasa senang dengan sikap para pemainnya selepas berjaya menyamakan kedudukan.
"Persembahan kami dengan 11 pemain menentang 11 pemain di Barcelona lebih baik berbanding 38 minit awal perlawanan kali ini," katanya.
"Pada 38 minit pertama, kita menyaksikan sebuah pasukan terbaik di dunia. Kami benar-benar berada dalam masalah besar. Ketika Barcelona memiliki peluang untuk menjaringkan gol kedua, permainan bagaikan sudah berakhir.
"Beginilah bola sepak, sepertimana Fernandinho tergelincir dan Messi menjaringkan gol di Barcelona.
"Gol kami mengubah rentak perlawanan. Pemain saya mulai sedar saat buruk dalam permainan sudah berakhir.
"Pada babak kedua, kami lebih kompak. Kami memberikan tekanan tinggi dan memenangi banyak bola menerusi usaha itu. Kami merendahkan barisan pertahanan dan menggunakan serangan tengah untuk mengancam mereka."
City menamatkan kemarau enam perlawanan tanpa kemenangan dengan menewaskan West Brom 4-0 pada Sabtu lalu, untuk Guardiola berpuas hati melihat pemainnya berada di landasan tepat.
"Dengan situasi yang kami tempuhi untuk membina skuad ini dalam tempoh yang singkat untuk menentang sebuah pasukan terbaik di dunia, selain faktor kedudukan kami dalam kumpulan, kejayaan ini sangat penting," tambahnya.
"Kami masih memerlukan satu lagi kemenangan (untuk layak) untuk memasuki Februari dan saya harap pada ketika itu prestasi kami akan lebih baik. Keputusan seri yang diraih Gladbach (dengan Celtic) memberikan kami sedikit ruang untuk bernafas.
"Kami bertuah kerana jika kami berjaya lolos, kami tidak akan berjumpa Barca pada pusingan berikutnya."
Astro Arena
Wed Nov 02 2016
GUARDIOLA: "Persembahan kami dengan 11 pemain menentang 11 pemain di Barcelona lebih baik berbanding 38 minit awal perlawanan kali ini." - Foto AFP
Jalan sekitar Tambun ditutup, dilencong sempena sambutan Hari Bomba Sedunia
Penutupan dan lencongan itu akan bermula jam 6.30 pagi hingga 12 tengah hari pada Khamis hingga Sabtu ini.
Azerbaijan pertahan komitmen terhadap minyak, gas sebagai tuan rumah COP29
Azerbajian menasihatkan wakil dari 110 negara anggota COP29 supaya mengelak menuding jari sebaliknya tumpu kepada tindakan kolaboratif.
Banjir lumpur Taman Chepor Impian: Penduduk minta penjelasan, ganti rugi
Roslan mendakwa kejadian banjir kilat beserta lumpur yang berulang itu adalah disebabkan projek perumahan baharu di kawasan berdekatan.
Tiada penutupan ruang udara setakat ini - CAAM
Tiada penutupan ruang udara atau lapangan terbang di negara ini setakat ini, susulan letusan semula Gunung Ruang di Indonesia sebanyak tiga kali semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Datuk Kapten Norazman Mahmud bagaimanapun berkata ketinggian penerbangan telah dihadkan.
Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Datuk Kapten Norazman Mahmud bagaimanapun berkata ketinggian penerbangan telah dihadkan.
Slogan pro-Palestin dan anti polis dilaungkan di Berlin
Demonstrasi aman sempena Hari Pekerja di Berlin pada Selasa diselingkan dengan jeritan slogan pro-Palestin dan anti polis.
Ribuan penunjuk perasaan banjiri ibu kota di Amerika Latin
Hari Pekerja Antarabangsa di kawasan Amerika Latin pada Rabu menyaksikan ribuan pekerja berhimpun di ibu kota utama untuk meneruskan perjuangan menuntut hak buruh dan tempatan.
Bendera Palestin diturunkan di New York
Rakaman saksi yang dikeluarkan pada Rabu memaparkan pegawai Jabatan Polis New York menanggalkan bendera Palestin dan menaikkan bendera Amerika di City College, New York.
Papagomo didakwa hari ini, kenyataan mengaib Agong
Bekas EXCO Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali Papagomo, akan didakwa di Mahkamah Sesyen, pada Khamis kerana membuat kenyataan menghasut yang mendatangkan kebencian kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Jawatankuasa kaji paras kenaikan gaji penjawat awam
Perlu ada satu jawatankuasa seperti mana di sektor swasta bagi mengkaji secara menyeluruh skim gaji penjawat awam secara khusus, walaupun terdapat kenaikan setiap tahun.
Individu disenarai hitam dilarang mengajar tahfiz
Tegas Mohd Naim, pihak tahfiz perlu patuh kepada Panduan Penubuhan dan Pendaftaran Institusi Tahfiz yang diterbitkan Jakim pada 2019.
Penenun dari Sarawak tidak sangka dapat ke Barcelona dengan songket tenunannya
Ramtiniwaiti Ramlee, 38, bangga apabila mendapat jemputan daripada Nadi untuk mewakili negara di ibu kota wilayah Catalonia.
Barcelona jadi tumpuan 100,000 pemain industri teknologi global pada MWC 2024
Barcelona akan menyaksikan ratusan perbincangan, rangkaian, forum dan demonstrasi untuk mereka yang terlibat dalam teknologi mudah alih pada MWC 2024.
Barisan kejurulatihan Harimau Malaya buat lawatan teknikal ke Sepanyol
Kunjungan tersebut memberi peluang buat mereka menyaksikan sesi latihan pasukan utama FC Barcelona dan melawat fasiliti latihan kelab berkenaan.
Shakira 'diserang' babi hutan ketika berjalan bersama anak di Barcelona
Shakira merupakan mangsa terkini tabiat agresif babi hutan yang semakin 'menakluki' bandar raya itu.
UCL: Pemain Barcelona lain akan menyerlah tanpa Messi - Nagelsmann
Nagelsmann tidak percaya perpindahan Messi ke PSG sama sekali akan melemahkan Barca memandangkan masih ramai lagi pemain berkaliber.
Lionel Messi kini ejen bebas
Kontrak pemain itu berakhir semalam, di tengah spekulasi mahu meninggalkan Camp Nou yang dia panggil rumah sejak tahun 2000.
Kumpulan raver Barcelona nikmati muzik acara disko senyap, tetap jaga penjarakan fizikal
Para penggemar muzik itu menyambut hari pertama musim bunga dengan memakai set fon kepala seterusnya memulakan aksi gerak tari masing-masing.
Salah mahu kekal di Liverpool selama mungkin
Penyerang itu masih mempunyai kontrak bersama Liverpool sehingga 2023.
Pelumba pasukan Petronas Yamaha SRT tekad bangkit cemerlang di Catalunya GP
Quartararo yakin untuk sekali lagi mempamerkan persembahan memberangsangkan.
Messi ke Bayern? Kami tak mampu dapatkannya - Rummenigge
Messi, 33, kelihatan akan meninggalkan skuad Blaugrana itu selepas 19 tahun bersama kelab berkenaan.