awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cklamovski tidak janji pemain warisan akan diturunkan

Astro Arena
Astro Arena
22/03/2025
06:15 MYT
Cklamovski tidak janji pemain warisan akan diturunkan
Clakmovski tidak menjanjikan sebarang tempat untuk mana-mana pemain, sebaliknya memerhatikan tahap kebersediaan pemain ketika sesi latihan. - Stadium Astro
KEHADIRAN dua pemain warisan terbaru negara, Hector Hevel dan Gabriel Palmero, menjadi nilai tambah buat kem negara yang akan menghadapi perlawanan pertama pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Selasa ini.
Hevel, 28, merupakan perancang kelahiran Belanda yang kini sedang mewakili kelab Portugal, Portimonense.
Palmero, 23, pula merupakan pemain kelahiran La Palma, Sepanyol yang kini mewakili CD Tenerife B dalam Liga Segunda Federacion.
Kemasukan dua bintang yang berkelana di Eropah itu menyertai senarai 27 panggilan pemain yang disenaraikan ketua jurulatih, Peter Clakmovski.
Ketika ditanya oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pengendali kelahiran Australia itu tidak menjanjikan sebarang tempat untuk mana-mana pemain, sebaliknya memerhatikan tahap kebersediaan setiap tonggak ketika sesi latihan.
Peter Cklamovski optimis pengalaman Hector Hevel mampu menyumbang sesuatu buat skuad Harimau Malaya!#NadiArena #AstroArena pic.twitter.com/c2DV75Ij4F
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) March 19, 2025
Dia juga turut mengulas mengenai Hector Hevel selepas melihat prestasi terkini pemain tersebut.
"Dia berpotensi.
"Dia memiliki pengalaman di benua berbeza.
"Tetapi saya tidak akan bergantung dengan satu pemain sahaja.
"Hanya kerana dia bermain di pasukan bagus tidak bermakna dia akan terpilih dalam senarai pemain yang akan diturunkan.
"Dia harus menunjukkan permainan yang bagus.
"Mengikut kepada dua bulan terakhir, dia mempamerkan aksi berkualiti dengan mempunyai minit permainan yang banyak," katanya. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#harimau Malaya
#pemain warisan
#Peter Cklamovski
#Kelayakan Piala Asia 2027
#Nepal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan