awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tanah ladang komersial FELDA-Terengganu hampir selesai - Ahmad Zahid
Kenaikan 300 peratus peruntukan Jalan Persekutuan bukti komitmen Kerajaan MADANI - Nanta
Sinergi kerajaan, industri pastikan keperluan Ramadan kekal mampu milik - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Copa America Feminina: Brazil ditabal juara dengan rekod kebal

Astro Arena
Astro Arena
31/07/2022
04:15 MYT
Copa America Feminina: Brazil ditabal juara dengan rekod kebal
Pemain Brazil bersorak kegembiraan menjulang trofi yang dimenangi selepas menewaskan Colombia dalam perlawanan Copa America Feminina di Bucaramanga, Colombia, July 30 Julai 2022. (Foto AP)
COLOMBIA 0 BRAZIL 1
Brazil menjuarai Copa America Feminina (Wanita) menerusi kemenangan 1-0 ke atas tuan rumah di Colombia, sebentar tadi.
Gol tunggal perlawanan hadir daripada sepakan penalti selepas Debinha tidak melakukan kesilapan untuk menyudahkan peluang terhidang pada minit ke-39.
Dengan jaringan itu, Debinha menamatkan kempen dengan lima gol untuk terlepas perebutan Kasut Emas di samping rakan sepasukan, Adriana Maga -- satu gol di belakang pemain Argentina, Yamila Rodriguez.
CAMPEÃSSSSSSS! Oito vezes! O título da @CopaAmerica 2022 é nosso! Que campanha! Vitória em todos os jogos e sem sofrer gol. Avisa que são as #GuerreirasDoBrasil! Parabéns, meninas! pic.twitter.com/dsZvHXFOEw
— Seleção Feminina de Futebol (@SelecaoFeminina) July 31, 2022
Kemenangan itu menyerlahkan prestasi luar biasa skuad wanita Selecao apabila memastikan rekod kebal tanpa bolos sepanjang kejohanan itu sambil memenangi enam perlawanan mereka dengan jumlah jaringan 20-0.
Walaupun kedua-dua pasukan saling mengasak -– Colombia melancarkan 21 percubaan sementara Brazil 15 -– tetapi kejayaan anak buah pengendali dari Sweden, Pia Sundhage, ditentukan dalam empat peluang terhidang.
Brazil akan bertemu juara Euro Wanita di antara England atau Perancis dalam Finalissima pada tarikh yang akan dijadual kelak.
Topic Berkaitan
#Brazil
#Copa America Feminina
#Colombia
#bola sepak wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan