PERU 0 URUGUAY 0 (Peru menang penalti 5-4)

Luis Suarez gagal menyempurnakan sepakannya tatkala Uruguay tewas 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti dalam aksi suku akhir Copa America 2019 selepas permainan sebenar di Salvador terikat 0-0, pagi Ahad.

Edinson Cavani meraih peluang keemasan untuk menyumbat gol pada pertengahan babak pertama sambil kegopohan Diego Godin selepas rehat turut membuatkan Uruguay kecewa tatkala Peru dilihat gagal menguji pintu gol lawan.

Uruguay yang menyaksikan satu jaringan dibatalkan dalam babak pertama, dipersalahkan dua kali akibat ofsaid selepas kegagalan Godin itu, kedua-duanya menerusi Suarez dan Cavani selepas semakan video bantuan pengadil (VAR).

Dan nasib malang Uruguay berterusan ketika penentuan sepakan penalti apabila Pedro Gallese mempamerkan aksi hebat untuk menafikan sepakan pembukaan Suarez, sambil Edison Flores menyempurnakan tugasan sewaktu sepakan terakhir untuk mengesahkan kejayaan Peru ke separuh akhir dan akan bertemu juara bertahan, Chile.

Sepakan lencong Suarez memberikan peluang terbaik buat gandingannya, Cavani, pada minit ke-23 tetapi penggempur Paris Saint-Germain (PSG) itu melepaskan sepakan liar dari jarak enam ela.

Giorgian de Arrascaeta menyangka dia telah memberikan jaringan pembukaan buat Uruguay tetapi hanya untuk melihat ia dibatalkan akibat ofsaid.

Godin mensia-siakan peluang dari jarak dekat sewaktu Uruguay terus dibelenggu tekanan dan sekali lagi, Peru diselamatkan oleh kibaran bendera daripada penjaga garisan ketika Cavani menjaringkan gol sebelum sejam perlawanan.

Uruguay dinafikan buat kali ketiga apabila bola tolakan Suarez dihalang, memaksa penentuan sepakan penalti dijalankan buat kali ketiga dalam empat saingan suku akhir.

Walaupun gagal menguji kekebalan Fernando Muslera ketika permainan sebenar, semi finalis edisi 2015, Peru, ternyata memiliki tuah apabila mudah menyempurnakan lima tendangan sambil usaha Suarez dinafikan oleh kehebatan Gallese.