CORINTHIANS mendenda pemain bintang mereka, Jo, kerana memakai kasut hijau yang merupakan warna seteru utama mereka di Brazil, Palmeiras.
Bekas penyerang Manchester City itu mencetuskan reaksi tidak disenangi apabila memakai but berwarna hijau terang ketika mereka buntu di tempat lawan dalam saingan Campeonato Brasileiro Serie A.
Berikutan bantahan peminat Corinthians, kelab itu kemudian mengenakan hukuman tersebut dan memberi amaran dengan melarang bekas pemain antarabangsa kebangsaan tersebut daripada memakainya lagi, bahkan dalam latihan.
Penyerang tersebut -- yang meninggalkan kelab akademinya itu sejak 2003 apabila berkelana ke CSKA Moscow, Everton dan Galatasaray -- kemudian tampil meminta maaf.
"Saya tidak akan menggunakan kasut hijau lagi atas pertalian saya dengan Corinthians, sebuah kelab yang saya cintai sejak kecil lagi," kata pemain berusia 34 tahun itu dalam satu kenyataan menerusi Veja.
"Saya tidak akan biadap terhadap Corinthians, apalagi peminat. Saya menghormati jersi ini dan saya akan sentiasa begitu."
Corinthians dan Palmeiras merupakan musuh tertua dalam bola sepak Brazil yang dirujuk sebagai 'derby Paulista'.
Ia antara 10 perlawanan musuh setempat termasyhur di dunia.
Palmeiras berada di kedudukan keempat dalam Campeonato Brasileiro Serie A selepas lima perlawanan musim ini, lima mata mendahului lawan mereka itu yang terperosok di tangga ke-11.
Kali terakhir Corinthians menjuarai Campeonato Brasileiro Serie A adalah dalam edisi 2017, manakala Palmeiras pula -- pemenang 2018 -- menakluki Copa Libertadores pada tahun lalu.
Astro Arena
Mon Jun 21 2021
JO: Saya tidak akan menggunakan kasut hijau lagi atas pertalian saya dengan Corinthians, sebuah kelab yang saya cintai sejak kecil lagi. - Foto Astro ARENA
Final Jelajah Dunia BWF: Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang RM445,089
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bergelar naib juara selepas tewas kepada pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong pada final Jelajah Dunia BWF.
Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan
Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Untuk Olimpik LA2028, ISN telah diberi sejumlah peruntukan bagi melihat cara untuk memperkasa lagi R&D untuk prestasi atlet.
Keputusan letak jawatan demi perkukuh PN - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri menafikan peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung PN berpunca daripada keretakan dalam gabungan berkenaan.
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Gabungan dalam kerajaan kena hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
Sekurang-kurangnya 7 maut bas bawa peminat Corinthians terbalik di Brazil
Sebuah bas yang membawa peminat kelab bola sepak Brazil, Corinthians terbalik di lebuh raya tempatan, mengorbankan sekurang-kurangnya tujuh orang.
Corinthians denda penyerang sendiri gara-gara pakai kasut warna musuh ketat
Bekas penyerang Manchester City itu memakai but berwarna hijau terang ketika mereka buntu di tempat lawan dalam saingan Campeonato Brasileiro Serie A.
Chelsea yakin rangkul Piala Dunia Kelab Fifa
Chelsea bersedia sepenuhnya dalam misi untuk menjuarai kejohanan Piala Dunia Kelab Fifa buat kali pertama dalam sejarah kelab tersebut.