Semua kelab yang bertanding dalam Liga Malaysia 2020 diminta untuk mengadakan perbincangan terbuka di antara pihak pengurusan dan pemain kelab masing-masing supaya satu penyelesaian atau persetujuan bersama dapat dicapai dalam tempoh yang sukar ini.
Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, bagi fasa pertama iaitu berkaitan penangguhan pertandingan, adalah penting bagi semua pihak untuk berhubung secara terus dengan para pemain dan pegawai pasukan.
"Daripada sekadar mengeluarkan kenyataan atau komen di media sahaja yang hanya akan menyulitkan lagi keadaan,
“Adalah lebih baik pihak kelab atau pasukan berhubung terus dengan para pemain dan pegawai pasukan mereka untuk berbincang secara terbuka berkaitan perkara-perkara penting termasuk isu gaji, kontrak, kebajikan dan sebagainya,” katanya.
Menerusi satu kenyataan di Facebook rasmi FAM pada Rabu, persatuan itu berharap agar kelab-kelab, para pemain dan pegawai dapat sama-sama menggunakan budi bicara dan bertolak ansur demi kepentingan bersama, sekali gus mencapai satu keputusan untuk kebaikan bersama.
"Memang semua pihak yang terbabit mempunyai kepentingan masing-masing untuk dijaga. Namun, dalam situasi ini, semua pihak perlu berkorban bagi mencapai satu penyelesaian yang terbaik dan sewajarnya untuk kepentingan industri bola sepak kita ini.
"Pada masa yang sama, FAM dan MFL juga sentiasa terbuka untuk berbincang atau memberikan pandangan dan nasihat kepada mana-mana pihak sama ada kelab, pemain atau pegawai. Jika ada masalah atau pertanyaan, boleh terus hubungi kami," kata Stuart.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan berkata, perbincangan di antara kelab dan pemain itu nanti bukan bermaksud semua pemain diminta untuk terus bersetuju dengan pemotongan gaji sepanjang tempoh saingan liga ditangguhkan ketika ini.
"Sebab itulah FAM dan MFL meminta pihak kelab dan pemain serta pegawai pasukan mengadakan perbincangan supaya mereka semua mencapai satu keputusan yang adil untuk semua pihak terbabit.
"Apa yang berlaku ketika ini bukan salah MFL selaku penganjur liga atau salah kelab yang turut kehilangan sumber pendapatan sepanjang tempoh penangguhan ini. Ia satu situasi berbeza yang belum pernah kita alami sebelum ini. Jadi saya rasa semua pihak termasuk pemain dan para pegawai akan memahaminya.
"Semua yang terlibat perlu mempunyai pandangan yang sama demi menjaga kepentingan bersama. Kita senang sama-sama, kita susah sama-sama," kata Datuk Ab Ghani.
Isu COVID-19 ini menyaksikan kelab-kelab serta para pemain dan pegawai di seluruh dunia turut sedang dan telah mengadakan perbincangan terbuka untuk berdepan tempoh sukar dan situasi yang tidak diingini ini secara bersama.
Sementara itu, FAM dan MFL akan memantau dari sehari ke sehari keadaan COVID-19 ini serta mengikut arahan semasa daripada kerajaan sebelum mengeluarkan jadual baharu Liga Malaysia 2020.
BACA: COVID-19: Perjalanan Liga Malaysia 2020 terganggu - FAM
Faris Danial Razi
Thu Mar 26 2020
FAM dan MFL juga sentiasa terbuka untuk berbincang atau memberikan pandangan dan nasihat kepada mana-mana pihak," kata Stuart Ramalingam. - Gambar BERNAMA
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
UCL: Trio Mbappe-Vinicius-Bellingham pacu kemenangan Real Madrid atasi Atalanta
Real Madrid mengesahkan kemenangan 3-2 Liga Juara-Juara (UCL) yang diperlukan berdepan Atalanta.
Lionel Messi, Cristiano Ronaldo tercicir daripada FIFPRO World 11
Jude Bellingham, Vinicius Junior, dan Kylian Mbappe merupakan antara enam pemain Real Madrid yang mendominasi senarai FIFPRO World 11.
Kecederaan otak akibat tanduk bola risiko pemain bola sepak hidap demensia - Kajian
Tiada bukti risiko pemain bola sepak hidap demensia dikaitkan dengan gaya hidup mereka.
Bergson, Hidalgo boleh dinaturalisasikan - Tunku Mahkota Ismail
Tunku Mahkota Ismail berpandangan Bergson Da Silva boleh dinaturalisasikan bagi memperkuat pasukan bola sepak negara.
Piala AMEC: Hannah Yeoh titip pesanan buat Harimau Malaya
Menteri Belia dan Sukan memahami transisi yang berlaku dalam Harimau Malaya, namun, beliau optimis sekiranya skuad fokus, mereka boleh melaksanakannya.
EPL: Manchester City tamat kemarau kemenangan atasi Nottingham Forest
Jaringan Bernando Silva, Kevin De Bruyne dan Jeremy Doku menoktahkan rekod buruk City untuk kembali memperbaiki kedudukan dalam kelompok empat teratas.
Tiada istilah skuad kedua Harimau Malaya - Dollah Salleh
Dollah Salleh percaya tiada istilah skuad pertama mahupun kedua membabitkan pasukan kebangsaan itu yang bakal menggalas tugas negara pada saingan Piala ASEAN 2024 bermula Ahad ini.
KBS tunggu pengesahan rasmi kerajaan Johor jadi tuan rumah bola sepak Sukan SEA 2027
KBS sedang menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan Johor untuk menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 bagi sukan bola sepak.
NADSAR bakal pacu ekosistem sukan dron di Malaysia
NADSAR diperkenalkan hari ini bagi memacu ekosistem pembangunan sukan dron sekali gus melahirkan lebih ramai bakat baharu dalam industri dron yang semakin berkembang di Malaysia.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.