awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia rendah pada sesi awal seiring Wall Street, tiada pemangkin baharu
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat, Johor berkurang pagi ini
Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri

Abu Bakar Jais jalankan tugas sebagai Pemangku Ketua Hakim Malaya

Astro Awani
Astro Awani
17/11/2025
05:26 MYT
Abu Bakar Jais jalankan tugas sebagai Pemangku Ketua Hakim Malaya
Datuk Abu Bakar Jais dilantik sebagai Pemangku Ketua Hakim Malaya. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR : Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais, dilantik sebagai Pemangku Ketua Hakim Malaya (CJM) berkuat kuasa 15 November.

Ringkasan AI
  • Datuk Abu Bakar Jais dilantik sebagai Pemangku Ketua Hakim Malaya menggantikan Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim yang bersara wajib.
  • Pelantikan dilakukan oleh Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh, melalui surat rasmi bertarikh 14 November.
  • Tiada pengumuman rasmi mengenai calon pengganti tetap Ketua Hakim Malaya, namun spekulasi menyebut beberapa nama seperti Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh dan Datuk Hashim Hamzah.

Pelantikan selepas Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim bersara wajib pada 14 November lalu.
Pelantikan tersebut dibuat oleh Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh, menerusi sepucuk surat rasmi bertarikh 14 November yang dialamatkan ke pejabat Abu Bakar.
Hasnah, yang mencapai usia persaraan 66 tahun pada Mei, telah menyambung perkhidmatannya selama enam bulan sebelum bersara sepenuhnya minggu lalu.
Setakat ini, tiada pengumuman rasmi mengenai calon pengganti tetap Ketua Hakim Malaya.
Namun,terdapat spekulasi bahawa senarai calon telah dikenal pasti.
Antara nama yang disebut-sebut ialah Hakim Mahkamah Persekutuan dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, serta Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Hashim Hamzah.
Mahkamah Persekutuan dijangka membuat pengumuman rasmi sebaik sahaja keputusan akhir pelantikan dimuktamadkan.
Topic Berkaitan
#Abu Bakar Jais
#Pemangku Ketua Hakim Malaya
#Ketua Hakim Negara
#pelantikan
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.