Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sedang mengkaji langkah menangguhkan pusingan kedua kempen Kelayakan Bersama Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 susulan kesan penularan COVID-19 di seluruh dunia.
"FIFA dan AFC bertemu di Home of FIFA bagi membincangkan aktiviti sukan bola sepak di Asia.
"Bagi FIFA mahupun AFC, kesejahteraan dan kesihatan semua individu yang terlibat dalam perlawanan bola sepak kekal menjadi keutamaan tertinggi.
"Oleh itu, satu cadangan rasmi untuk menangguhkan perlawanan akan datang dalam kelayakan Piala Dunia FIFA Asia 2022 dan Piala Asia AFC 2023 akan dikongsi dengan anggota persatuan yang relevan," menurut FIFA dalam satu kenyataan pada Khamis.
FIFA dan AFC akan menyediakan kemas kini berhubung jadual perlawanan pada masa akan datang susulan perundingan yang dilakukan dengan persatuan yang menganggotai AFC, menurut kenyataan itu.
Harimau Malaya di bawah bimbingan ketua jurulatih kebangsaan Tan Cheng Hoe akan beraksi menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Dubai pada 26 Mac sebelum menjadi tuan rumah kepada Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 31 Mac dalam kelayakan Kumpulan G.
Sementara itu, FIFA akan terus memantau situasi berkaitan COVID-19 dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), konfederasi dan anggota persatuan, menurut kenyataan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 05 2020

FIFA dan AFC akan menyediakan kemas kini berhubung jadual perlawanan pada masa akan datang.- REUTERS/Fail

Penduduk dalam ketakutan, dakwa diserang monyet ketika tidur
Kumpulan primat itu memasuki kediaman penduduk menerusi tingkap rumah yang tidak ditutup rapat.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.3920/3945 berbanding dolar AS daripada 4.3950/3990 ketika ditutup pada Khamis.

Bekas anggota 'Big Bang' Seungri dihukum penjara 1 tahun 6 bulan
Artis berusia 32 tahun itu sebelum ini dijatuhi hukuman tiga tahun penjara oleh Mahkamah Tinggi Tentera.

Sheera Iskandar selamat bersalin anak sulung
Berita gembira itu dimaklumkan menerusi satu posting berserta foto di akaun Instagram Sheera.

Durian premium di Pulau Pinang pada harga mampu milik bulan depan
Pada masa ini hanya Pulau Pinang yang mempunyai lebih banyak bekalan buah itu di pasaran sejak awal bulan ini.

'Saya sendiri nak pergi tengok' - Bertindih tarikh konsert, Aishah rela beralah demi peminat
Tambah Aishah, tidak timbul isu sama ada peminat akan datang atau tidak jika konsertnya berlangsung pada tarikh yang sama dengan Anuar dan Ziana Zain.

Isu Palestin-Israel | Dunia perlu hukum Israel ekoran kekejamannya
Dunia seharusnya mengambil tindakan tegas terhadap rejim zionis atas kekejaman dilakukan kepada penduduk Palestin.Demikian tegas Jurucakap Khas mengenai Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Francessca Albenese.

Perniagaan Francais | KPDNHEP mohon peruntukan tambahan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan memohon tambahan peruntukan dari kerajaan bagi membangunkan perniagaan francais. Menurut Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ini bagi merancakkan lagi bidang itu yang memiliki potensi membantu perniagaan mikro.

Pendidikan | Tangani masalah keciciran murid
NGO Pendidikan Untuk Malaysia menerima 1,541 laporan murid cicir di seluruh Malaysia sepanjang tempoh PKP. Bagaimanapun NGO berkenaan hanya berupaya membantu 343 kanak-kanak sepanjang tempoh berkenaan.

1,142,104 kanak-kanak di Malaysia lengkap divaksin
47.7 peratus daripada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

AFC bakal tubuh pasukan petugas pertandingan kelab elit
Perkembangan terbaharu itu dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif AFC ke-9 bagi penggal 2019-2023 di Doha, Qatar.

AFC pilih Malaysia tuan rumah Kelayakan Piala Asia 2023
Enam venue berpusat telah ditawarkan kepada 24 pasukan yang bertanding dalam saingan kelayakan itu.

ACL 2022: Kelebihan besar buat JDT di laman sendiri
AFC umum Johor Bahru sebagai penganjur perlawanan berpusat bagi Kumpulan I sekali gus memberi kelebihan kepada skuad Harimau Selatan.

Faktor keluarga dorong Al Hafiz pilih Lang Merah
Masalah jantung yang dihadapi ibunya membuatkan anak ketiga daripada tujuh adik beradik itu memilih Lang Merah.

KL City belum bersedia bersaing di Piala AFC - Stanley Bernard
Stanley turut mendedahkan cabaran sebagai CEO pada musim pertamanya selain spekulasi perpindahan Tchetche Kipre.

AFC optimis bola sepak Asia tarik perhatian global tahun depan
Semangat kekitaan dalam kalangan negara anggota badan induk itu penting menjelang tersingkapnya tabir 2022.

AFC komited sokong ahli gabungan bangkit hadapi impak COVID-19
Komitmen berkenaan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif AFC kelapan bagi penggal 2019-2023 di Manama, Bahrain.

Harapan tipis anjur pusingan kelayakan Piala Asia 2023
Harapan peminat bola sepak untuk menyaksikan Malaysia menjadi tuan rumah pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023 semakin kabur.

AFC buat persiapan hadapi fasa endemik
AFC membincangkan proses memuktamadkan belanjawan bagi 2021/2022 sebagai persediaan berdepan transisi ke fasa endemik COVID-19.

Sepak mula Piala Malaysia hari ini, bangkitkan kembali nostalgia 100 tahun bola sepak negara
Piala Malaysia mula dipertandingkan pada awal 1920-an, menyaksikan Singapura muncul juara edisi pertama pada 1921.