awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Pemain di Sepanyol bebas berlatih bermula minggu depan

Astro Arena
Astro Arena
29/04/2020
05:35 MYT
COVID-19: Pemain di Sepanyol bebas berlatih bermula minggu depan
Sanchez mendedahkan bahawa empat fasa kelonggaran itu telah dipersetejui oleh jemaah menteri dan ia bergantung kepada perkembangan semasa. - Gambar fail
PERDANA Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez, berkata aktiviti bola sepak d negara itu dibenarkan untuk bersambung bermula dengan latihan individu bersama kelab masing-masing bermula Isnin depan.
LaLiga musim ini digantung sejak 23 Mac lalu berikutan pandemik COVID-19, di mana Sepanyol turut melancarkan perintah berkurung di seluruh negara.
Larangan itu akan dilonggarkan dan Sanchez mengumumkan semalam bahawa pemain akan dibenarkan untuk menjalani latihan secara bersendirian di fasiliti kelab masing-masing bermula minggu depan.
Perdana Menteri itu menambah bahawa latihan secara berkumpulan masih dilarang sehingga 18 Mei ini.
Masih tiada pengumuman sama ada liga musim ini akan bersambung atau tidak dengan terdapat cadangan untuk ia disambungkan pada Jun depan, di sebalik amaran yang diberikan Ketua Perubatan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa(FIFA), Michel D'Hooge, bahawa perlawanan bola sepak tidak sepatutnya diadakan sehingga Ogos atau September depan
Sanchez mendedahkan bahawa empat fasa kelonggaran itu telah dipersetujui oleh jemaah menteri dan ia bergantung kepada perkembangan semasa
Beliau berkata: "Fasa pertama atau fasa 0 ialah fasa persediaan untuk peralihan waktu di mana kita sedang berada.
"Contoh lain adalah kebenaran untuk atlet profesional menjalani latihan individu dan latihan asas buat atlet profesional.
"Sepanjang fasa satu atau fasa permulaan, ia bergantung kepada beberapa faktor dan beberapa aktiviti akan mula dibenarkan
"Dalam dunia sukan, diyakini pusat latihan tinggi dan sesi latihan pertengahan untuk liga profesional dapat dibuka.
"Oleh itu, kita akan berada dalam normal baru pada akhir Jun depan jika kita dapat mengawal pandemik ini di setiap wilayah," katanya.
Topic Berkaitan
#atlet
#bola sepak
#COVID-19
#FIFA
#gantung
#kelonggaran
#koronavirus
#LaLiga
#latihan berkumpulan
#normal baharu
#Pedro Sanchez
#pemain
#perintah berkurung
#perubatan
#sepanyol
#Sepayol
#sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan