awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cristiano Ronaldo cipta sejarah, himpun 1 bilion pengikut di media sosial

Bernama
Bernama
13/09/2024
16:33 MYT
Cristiano Ronaldo cipta sejarah, himpun 1 bilion pengikut di media sosial
Penyerang Al-Nassr berusia 39 tahun itu meraikan pencapaian itu di akaun X peribadinya, menzahirkan rasa terima kasih kepada peminatnya. - Gambar FB Cristiano Ronaldo
ANKARA: Ikon bola sepak Portugal Cristiano Ronaldo telah mencipta kejayaan bersejarah, menjadi individu pertama yang mengumpul satu bilion pengikut di media sosial, lapor Anadolu Agency (AA).
Penyerang Al-Nassr berusia 39 tahun itu meraikan pencapaian itu di akaun X peribadinya, menzahirkan rasa terima kasih kepada peminatnya.
"Kami telah mencipta sejarah -- satu bilion pengikut! Ini lebih daripada sekadar angka -- ia adalah bukti semangat, usaha dan cinta kami yang dikongsi bersama untuk permainan dan seterusnya," kata Ronaldo dalam hantarannya.
Bintang bola sepak itu, yang juga telah mencipta rekod untuk pengikut Instagram paling ramai dengan lebih 638 juta, baru-baru ini melancarkan saluran YouTube yang mencecah 50 juta pelanggan dalam masa seminggu, dilaporkan satu rekod untuk platform itu.
Ronaldo, pemenang lima kali Ballon d'Or telah menjaringkan 131 gol untuk Portugal dan menyumbang dengan ketara kepada pasukan teratas Eropah, termasuk 450 gol untuk Real Madrid, 145 untuk Manchester United, 101 untuk Juventus, dan lima untuk kelab pertamanya Sporting CP . Dia juga telah menjaringkan 62 gol untuk kelabnya sekarang, Al-Nassr dari Arab Saudi.
"Terima kasih kerana mempercayai saya, atas sokongan anda, dan menjadi sebahagian daripada hidup saya. Yang terbaik masih akan datang, dan kami akan terus berusaha, menang, dan mencipta sejarah bersama-sama," kata Ronaldo dalam hantarannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Cristiano Ronaldo
#Instagram
#Manchester United
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan