awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka raih kemenangan besar - Kajian Asahi
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Croatia lakar sejarah mara ke final Piala Dunia FIFA

Ian Johan Ariff
Ian Johan Ariff
11/07/2018
21:51 MYT
Croatia lakar sejarah mara ke final Piala Dunia FIFA
Mario Mandzukic menjaringkan gol kemenangan Croatia pada masa tambahan. REUTERS
Croatia mara ke final Piala Dunia FIFA buat kali pertama dalam sejarah selepas menewaskan England 2-1 di Moscow.
Mario Mandzukic menjaringkan gol kemenangan Croatia dalam masa tambahan selepas kedudukan terikat 1-1 tamat masa sebenar.
Sebelum itu, Croatia ketinggalan seawal minit ke-5, apabila Kieran Trippier menjaringkan gol menerusi sepakan percuma yang diperoleh selepas pemain tengah Croatia, Luka Modric menjatuhkan Dele Alli berhampiran kotak penalti pasukannya.
Di sebalik menguasai permainan, Croatia hanya menemui rentak serangan pada babak kedua dan mendapat gol penyamaan pada minit ke-68.
Ivan Perisic menjaringkan gol penyamaan hasil daripada hantaran silang pertahanan kanan, Sime Vrsaljko.
Empat minit kemudian, Perisic terus mengugat pertahanan England apabila cubaannya terkena tiang, diikuti dengan cubaan susulan Ante Rebic yang sekadar tepat kepada penjaga gol England, Jordan Pickford.
Gol kemenangan hadir pada minit ke-109 masa tambahan, selepas Mandzukic merembat masuk bola hantaran yang ditanduk Perisic.
Croatia akan bertemu Perancis di perlawanan akhir pada 15 Julai di Stadium Luzhniki Moscow.
Tonton: Croatia 2-1 England
Topic Berkaitan
#Awani FIFA
#Croatia
#England
#FIFA
#Ivan Perisic
#Jordan Pickford
#Kieran Trippier
#Mario Mandzukic
#Perancis
#Piala Dunia
#Raya Bola 2018
#Rusia
#Stadium Luzhniki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan