awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cub Prix: Fazli sasar layak ke Superpole

Astro Arena
Astro Arena
13/08/2018
20:48 MYT
Cub Prix: Fazli sasar layak ke Superpole
Selepas tiga pusingan setakat ini, pelumba berusia 36 tahun itu belum menemui rentak terbaik apabila masih gagal untuk menempatkan diri dalam kelompok 10 pelumba terbaik
Ahmad Fazli Sham menetapkan sasaran awal untuk layak ke sesi Superpole kelas CP150 dalam pusingan keempat Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Temerloh, Pahang pada Sabtu dan Ahad ini.
Masih segar dengan dua kemenangan kelas Underbone 150cc di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di India baru-baru ini, Fazli berharap dapat meneruskan momentum tersebut dalam kejuaraan peringkat kebangsaan setelah memilih haluan bersama pasukan ONEXOX TKKR Racing bagi musim 2018.
Namun, selepas tiga pusingan setakat ini, pelumba berusia 36 tahun itu belum menemui rentak terbaik apabila masih gagal untuk menempatkan diri dalam kelompok 10 pelumba terbaik yang layak ke sesi Superpole.
“Kami masih mencari keserasian dan akan terus bekerja keras. Di Asia, kami sudah mula menunjukkan peningkatan dan begitu juga dalam Cub Prix di mana pelumba kami juga telah menaiki podium di Jasin sebelum ini, jadi ia membuktikan yang kami juga mampu.
“Cuma, kami masih belum berada di tahap terbaik. Walaupun saya berjaya berada dalam kedudukan 10 terbaik dalam perlumbaan akhir, keputusan peringkat kelayakan agak mengecewakan.
"Saya tidak mahu memberikan tekanan dengan meletakkan sasaran di podium. Saya perlu lebih realistik dan layak ke Superpole adalah matlamat utama ketika ini," katanya.
Topic Berkaitan
#Ahmad Fazli Sham
#ARRC
#CP150
#Cub Prix AAM
#India
#Kejuaraan Motosikal Asia
#Pahang
#Petronas
#Superpole
#temerloh
#underbone
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan