KUALA LUMPUR: Selepas kali terakhir membuat penampilan 17 tahun lepas, faktor pengalaman mungkin dilihat tidak berpihak kepada Malaysia yang memasang impian mencipta kejayaan membanggakan pada Piala Asia 2023 di Doha, Qatar bermula 12 Januari hingga 10 Februari ini.
Namun, ramai yang tidak menyedari dalam keseluruhan 26 pemain skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon ke Doha, tujuh daripadanya merupakan anggota skuad Bawah 23 Tahun (B-23) yang melakar sejarah layak ke pusingan suku akhir Piala Asia B-23 2018 di Jiangsu, China.
Tujuh pemain itu ialah penjaga gol utama negara Ahmad Syihan Hazmi Mohamed; pemain pertahanan Dominic Tan, Matthew Davies, Muhammad Syahmi Safari; pemain tengah Mohamed Syamer Kutty Abba serta pemain sayap Muhammad Safawi Rasid dan Muhammad Akhyar Abdul Rashid.
Mereka antara watak utama skuad B-23 kebangsaan kendalian Datuk Ong Kim Swee di Jiangsu yang berjaya membawa Malaysia mara ke pusingan kalah mati buat julung kali selepas mengetepikan cabaran Arab Saudi dan Jordan untuk muncul naib juara Kumpulan C di belakang Iraq.
Bagi Kim Swee, penyenaraian tujuh pemain itu ke Doha membuktikan kemajuan positif yang dicapai mereka dari sudut pembangunan individu selain memberi nilai tambah kepada pasukan dari aspek pengalaman untuk menghadapi cabaran getir.
"Ini kemajuan yang baik, apabila mereka beraksi dalam kejohanan tertinggi Asia peringkat B-23 dan seterusnya ke peringkat tertinggi, senior ini pasti membantu proses pembangunan mereka, keduanya lebih baik (mereka) akan jadi perkara positif buat pasukan negara.
"Mereka ada pengalaman luas, pasti tidak akan gentar atau memerlukan masa untuk menyesuaikan diri, selain bergabung dengan pemain-pemain JDT (Johor Darul Ta'zim) yang bermain di ACL (Liga Juara-juara AFC), pengalaman mereka pasti akan bantu pasukan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Mengulas lanjut, pengendali Sabah FC berusia 53 tahun itu berkata rekod menunjukkan prestasi positif pasukan remaja akan mempengaruhi prestasi skuad senior pada masa hadapan.
"Pasukan mana sekalipun yang menjuarai Piala Dunia Remaja selepas beberapa tahun pasti pasukan senior mereka akan bertambah baik, sebagai contoh Vietnam layak ke Piala Dunia B-20 2017 dan pemain skuad itu kini merupakan pemain utama pasukan senior, kita lihat kemajuan mereka semakin baik," katanya.
Bagaimanapun, bekas Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu menjangkakan pasukan negara tetap akan berdepan cabaran hebat memandangkan kejohanan peringkat bawah umur dan Piala Asia sangat berbeza dari segenap aspek.
Di Jiangsu, skuad B-23 kebangsaan tewas 1-4 kepada Iraq sebelum bangkit mencatat keputusan seri 1-1 bertemu Jordan dan meraih kemenangan 1-0 menentang Arab Saudi, namun perjuangan Malaysia terhenti di suku akhir selepas tewas 1-2 kepada Korea Selatan.
Kekalahan kepada Korea Selatan itu bagaimanapun berjaya dibalas anak buah Kim Swee pada temasya Sukan Asia 2018 di Jakarta-Palembang, Indonesia selepas meraih kemenangan 2-1 ke atas pasukan gergasi Asia itu yang ketika itu diperkuat dengan pemain bintang Son Heung Min.
Ahmad Syihan, Dominic, Matthew, Muhammad Safawi dan Muhammad Akhyar kini antara pemain utama Harimau Malaya sekali gus menjadi taruhan terbaik pasukan bagi menghadapi cabaran Jordan, Bahrain dan juara dua kali Korea Selatan dalam saingan Kumpulan E di Doha.
Sementara Mohamed Syamer yang baru pulih sepenuhnya daripada kecederaan lutut dan Syahmi Safari merupakan antara pemain penting dengan kebolehan individu yang baik, namun lebih kerap memanaskan bangku simpanan sepanjang 2023.
Malaysia akan memulakan kempen dengan bertemu Jordan pada 15 Januari (1.30 pagi 16 Januari waktu Malaysia) di Stadium Al Janoub diikuti Bahrain (20 Januari) di Stadium Jassim Bin Hamad dan bertemu juara dua kali Korea Selatan di Stadium Al Janoub pada 25 Januari.
Hanya juara dan naib juara setiap kumpulan bersama empat pasukan tempat ketiga terbaik akan layak ke pusingan 16 terbaik yang tidak pernah dicapai pasukan negara dalam tiga penampilan sebelum ini.
Ini merupakan kali keempat Malaysia beraksi di Piala Asia selepas layak secara merit pada edisi 1976 di Iran dan 1980 di Kuwait serta ketika menjadi tuan rumah bersama pada 2007.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 06 2024
Daripada 26 pemain skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon ke Doha, tujuh daripadanya merupakan anggota skuad B-23 yang melakar sejarah layak ke pusingan suku akhir Piala Asia B-23 2018 di Jiangsu, China. - Bernama
Kesatuan Ragbi Malaysia harap individu disyaki pecah amanah didakwa segera
Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) berharap individu di sebalik isu pecah amanah disyaki berlaku dalam pengendalian akaun bank badan induk itu didakwa segera.
PM adakan pertemuan dengan Presiden Rwanda
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Rwanda Paul Kagame di luar Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) pada Ahad.
Iraq luluskan RUU anti-LGBTQ
PARLIMEN Iraq pada Sabtu meluluskan rang undang-undang (RUU) yang menjenayahkan hubungan sejenis.
Rumah terbuka Persatuan Komuniti Bugis Sabah meriah
Keunikan pakaian suku kaum Bugis dan kepelbagaian juadah menjadi tarikan utama rumah terbuka Persatuan Kaum Bugis Sabah.
Perayaan masa terbaik pupuk persaudaraan - Hajiji
Datul Seri Hajiji Noor menyifatkan perayaan yang ada di negara ini sebagai medan terbaik memupuk tali persaudaraan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama.
Konsert jelajah terakhir Kitaro bakal tarik ramai pengunjung
Konsert jelajah Kitaro di Rainforest World Music Festival 2024 bakal jadi yang terakhir buat Kitaro yang memasuki usia 71 tahun, Februari lalu.
Abang Jo setuju cadangan syarat untuk pemohon PR di Sarawak
Dalam perkembangan lain Abang Johari bersetuju dengan cadangan untuk menetapkan syarat bagi komuniti peniaga dan pelabur yang mahu mendapatkan status Penduduk Tetap (PR) di Sarawak perlu memasukkan minimum dua juta ringgit ke dalam akaun deposit tetap negeri ataupun membeli hartanah bernilai 1.5 juta ke atas.
Kes denggi di Kedah membimbangkan, catat 1,550 kes pada ME16
Kes denggi di Kedah berada pada tahap membimbangkan apabila sejumlah 1,550 kes dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-16 tahun ini.
Kerajaan Sarawak tidak paksa penduduk pedalaman terima projek empangan Melata
Abang Johari berharap penduduk pedalaman Sarawak agar membuka minda dengan melihat kepada manfaat projek empangan melata yang penting bagi menghasilkan tenaga boleh diperbaharui di kawasan merfeka.
Sarawak akan jana tenaga hijau seratus peratus hijau
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan berbincang dengan SEB bagi membolehkan dua loji tenaga arang batu miliknya ditukar kepada loji bersumberkan biomass.
Harimau Malaya jumpa Oman pagi Jumaat
Skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon telah menjalani Sesi Latihan Rasmi di stadium berkenaan pada Rabu.
Arif Aiman tiada dalam skuad B-23 ke Piala Asia
TEKA-teki sama ada pemain sayap lincah, Arif Aiman Hanapi akan disenaraikan dalam skuad Harimau Muda ke Piala Asia bawah 23 tahun (B-23) Qatar pada April akhirnya terjawab.
'Saya kecewa, terluka' - Pan-gon
Kim Pan-gon mengharapkan penyokong tidak meletakkan harapan terlalu tinggi menjelang dua perlawanan Kumpulan D saingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.
Keadaan padang baik, aksi Harimau Malaya-Oman kekal di Stadium Nasional
Stadium Nasional Bukit Jalil kekal menjadi venue bagi aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 melibatkan skuad Harimau Malaya menentang Oman.
Faisal Halim menang gol terbaik Piala Asia
Faisal Halim memenangi gol terbaik pada Piala Asia Qatar apabila jauh mendahului pesaing lain selepas undian ditutup pada awal pagi Isnin.
EPL: Ange Postecoglou bela Son Heung-min atas insiden Piala Asia
Ange Postecoglou tampil mempertahankan kapten Tottenham, Son Heung-min, atas insiden yang berlaku dalam kem Korea Selatan sewaktu saingan Piala Asia.
Republik Korea ambil keputusan lepaskan khidmat Jurgen Klinsmann
Ketua jurulatih Republik Korea, Jurgen Klinsmann, telah dipecat selepas hanya bersama pasukan selama 12 bulan.
Piala Asia: Kalau Qatar ada 'Salah', Jordan ada 'Messi'
Mousa Al Tamari selangkah sahaja lagi untuk mencipta sejarah tersendiri bagi negara kelahirannya Jordan muncul juara pertama kali bagi Piala Asia.
Jordan tetap 'musuh' walaupun hubungan kami umpama adik-beradik - Pengendali Qatar Lopez
Menjelang perlawanan akhir Piala Asia 2023 malam esok, Ketua Jurulatih Qatar Marquez Lopez berkata The Maroons, tetap melihat Jordan sebagai 'musuh'.
Nama Liga-M, Selangor FC 'hangat' selepas Jordan ke final Piala Asia 2023
Liga Malaysia (Liga-M) dan Selangor FC menjadi sebutan, apabila Jordan mencipta sejarah layak ke final Piala Asia.