awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dasar Kemudahan Sukan Nasional akan diperkenal, elak projek 'gajah putih' - Sim

Bernama
Bernama
30/04/2019
20:00 MYT
Dasar Kemudahan Sukan Nasional akan diperkenal, elak projek 'gajah putih' - Sim
Dengan kewujudan Dasar Kemudahan Sukan Nasional, setiap projek sukan yang dibina akan dinilai secara objektif dan bukan semata-mata diwujudkan mengikut cita rasa dan 'suara' politik. - Gambar hiasan
Dasar Kemudahan Sukan Nasional akan diperkenalkan bagi memastikan setiap kemudahan sukan yang dibina pada masa hadapan menepati keperluan dan seterusnya mengelak daripada menjadi projek 'gajah putih', Dewan Negara diberitahu pada Selasa.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim Chee Keong berkata dengan kewujudan dasar berkenaan, setiap projek yang dibina akan dinilai secara objektif dan bukan semata-mata diwujudkan mengikut cita rasa dan 'suara' politik.
"Kita mahu melihat kemudahan dan infrastruktur sukan memenuhi keperluan di kawasan setempat.
"Kita juga mahu pastikan ia mampu menggemblengkan semua aktiviti sukan dan komuniti di kawasan berkenaan," katanya ketika menggulung perbahasan Titah Diraja pada persidangan Dewan Negara bagi kementeriannya.
Dalam usaha mengelak kemudahan sedia ada terbiar, Sim berkata setiap pegawai sukan turut digalak menggunakan pendekatan pelbagai peranan, termasuk sebagai 'programmer' dengan menganjurkan pelbagai aktiviti di kawasan masing-masing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Belia
#dasar
#Dewan Negara
#infrastruktur sukan
#kemudahan sukan
#menteri
#pegawai sukan
#programmer
#Sim Chee Keong
#Steven Sim
#suara politik
#sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan