SUKAN

De Paula, Ramadhan antara dipanggil ke latihan pusat

Bernama 15/03/2021 | 21:16 MYT
TAN CHENG HOE: Mengambil kira pandemik COVID-19 yang telah menjejas persiapan kami sejak lebih setahun lalu, skuad Harimau Malaya sudah tentu memerlukan setiap kelebihan yang ada dalam persiapan yang cukup singkat ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pemain naturalisasi baharu negara, Guilherme de Paula antara muka baharu dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya selama sembilan hari, bermula Isnin depan di Johor Bahru.

Selain pemain Perak FC itu, Luqman Hakim Shamsudin (KV Kortrijk), Ramadhan Saifullah Usman (Johor Darul Ta'zim FC), penjaga gol Rahadiazli Rahalim (Terengganu FC) juga merupakan antara muka baharu dalam senarai 28 pemain.

Bagaimanapun, dua pemain yang berkelana di luar negara, Liridon Krasniqi dan Junior Eldstal tidak dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsaan Tan Cheng Hoe ke kem latihan pusat skuad berkenaan.

Cheng Hoe berkata pemain naturalisasi kedua negara, Liridon yang beraksi bersama Newcastle Jets di Liga Australia (Liga-A) dan Junior yang beraksi bersama Chonburi FC di Liga 1 Thailand, tidak dipanggil kerana kesukaran tempoh kuarantin untuk masuk ke Malaysia dan kembali ke negara berkenaan.

"Lagipun saya melihat kedua-dua pemain ini sedang meningkatkan persembahan dan prestasi masing-masing bersama kelab baharu ini.

"Jadi saya kira lebih baik mereka menyertai latihan pada Mei nanti dengan prestasi yang lebih baik selepas mendapat aksi minit permainan di Liga Australia dan Liga Thailand," katanya menerusi kenyataan semalam.

Safawi Rasid pula tidak disenaraikan kerana mengalami kecederaan pada aksi Liga Super di antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan UiTM FC, Sabtu lalu.

Kem itu adalah sebagai persiapan menjelang baki tiga perlawanan terakhir Kumpulan G bagi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang akan diadakan secara berpusat di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Jun.

Cheng Hoe juga mengekalkan seramai 17 pemain dari skuad 23 pemain ketika dua aksi terakhir kelayakan sebelum ini, iaitu bertemu Thailand dan Indonesia di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 14 dan 19 Nov 2019.

Sebanyak enam pemain, Samuel Somerville (Penang FC), Rodney Celvin Akwensivie (Kedah Darul Aman FC), Arif Fadzilah Abu Bakar (Terengganu FC), Shahrul Nizam Ros Hasni (Terengganu FC), S. Kumaahran (Melaka United FC) dan Darren Lok (PJ City FC) diletakkan dalam senarai simpanan.

Sementara itu, Cheng Hoe berkata Johor Bahru dipilih sebagai lokasi latihan pusat kali ini kerana kemudahan lengkap yang dimiliki JDT adalah bertaraf dunia dan yang terbaik untuk bola sepak di negara ini.

"Fasiliti JDT merupakan sebuah pusat latihan berprestasi tinggi dan sudah tentu saya mengharapkan sesuatu yang terbaik dapat dihasilkan oleh skuad kebangsaan kerana persiapan bagi tiga perlawanan terakhir ini cukup penting.

"Pusat Latihan JDT ini juga memiliki pusat kecergasan dan perubatan mereka sendiri, selain dapat memenuhi keperluan untuk latihan diadakan dalam pelbagai jenis permukaan padang dan ia terletak berdekatan dengan hotel penginapan pasukan.

"Dengan mengambil kira pandemik COVID-19 yang telah menjejas persiapan kami sejak lebih setahun lalu, skuad Harimau Malaya sudah tentu memerlukan setiap kelebihan yang ada dalam persiapan yang cukup singkat ini dan semuanya dapat kami lakukan di pusat latihan serba lengkap ini," jelasnya.

Beliau berkata tempoh sembilan hari itu cukup penting untuk meningkatkan semula persefahaman para pemainnya sama ada di dalam dan juga di luar padang kerana tidak banyak masa apabila berkumpul pada Mei nanti.

"Jadi kesempatan yang ada ini akan saya gunakan sepenuhnya untuk memberitahu pemain tentang perancangan kita pada Mei nanti supaya semua sudah bersedia dan benar-benar fokus untuk aksi bertemu UAE (3 Jun), Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun) itu," tambahnya.





Senarai 28 pemain dipanggil menyertai kem latihan pusat:





















































































































































































BIL


NAMA


UMUR


PASUKAN


1.


MOHD FARIZAL MARLIAS


35


JOHOR DARUL TA'ZIM FC


2.


MATTHEW DAVIES


26


JOHOR DARUL TA'ZIM FC


3.


MOHAMAD AIDIL ZAFUAN ABD RADZAK


34


JOHOR DARUL TA'ZIM FC


4.


ADAM NOR AZLIN


25


JOHOR DARUL TA'ZIM FC


5.


LA'VERE CORBIN-ONG


30


JOHOR DARUL TA'ZIM FC


6.


MUHAMMAD RAMADHAN SAIFULLAH USMAN


21


JOHOR DARUL TA'ZIM FC


7.


MOHAMED SYAMER KUTTY ABBA


24


JOHOR DARUL TA'ZIM FC


8.


MOHD AFIQ FAZAIL


27


JOHOR DARUL TA'ZIM FC


9.


MUHAMMAD DANIAL AMIER NORHISHAM


24


JOHOR DARUL TA'ZIM FC


10.


MUHAMMAD NAZMI FAIZ MANSOR


27


JOHOR DARUL TA'ZIM FC


11.


MUHAMMAD AKHYAR ABDUL RASHID


22


JOHOR DARUL TA'ZIM FC


12.


MOHAMADOU SUMAREH


27


JOHOR DARUL TA'ZIM FC


13.


MUHAMMAD SYAFIQ AHMAD


26


JOHOR DARUL TA'ZIM FC


14.


MOHD KHAIRULAZHAN MOHD KHALID


32


SELANGOR FC


15.


MUHAMMAD SYAHMI SAFARI


23


SELANGOR FC


16.


BRENDAN GAN


33


SELANGOR FC


17.


MUHAMMAD SHAHREL FIKRI MD FAUZI


27


SELANGOR FC


18.


MUHAMMAD RAHADIAZLI RAHALIM


20


TERENGGANU FC


19.


MOHAMAD FAISAL ABDUL HALIM


23


TERENGGANU FC


20.


SHAHRUL MOHD SAAD


28


PERAK FC


21.


GUILHERME DE PAULA LUCRECIO


35


PERAK FC


22.


MUHAMMAD FAZLY MAZLAN


28


SRI PAHANG FC


23.


MUHAMAD NOR AZAM ABDUL AZIH


26


SRI PAHANG FC


24.


KHAIRUL FAHMI CHE MAT


32


MELAKA UNITED FC


25.


MOHD RIZAL MOHD GHAZALI


29


KEDAH DARUL AMAN FC


26.


MUHAMMAD IRFAN ZAKARIA


26


KUALA LUMPUR CITY FC


27.


LUQMAN HAKIM SHAMSUDIN


19


KV KORTRIJK (BELGIUM)


28.


NORSHAHRUL IDLAN TALAHA


35


SARAWAK UNITED FC





-- BERNAMA
#pemain naturalisasi #bola sepak #Guilherme de Paula #Perak FC #harimau Malaya #skuad kebangsaam #Luqman Hakim Shamsudin #latihan #Tan Cheng Hoe #kem latihan #Ramadhan Saifullah Usman #kuarantin #cedera #Johor Bahru #JDT #Padang #hotel #Pusat Latihan JDT #Piala Dunia