awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
NASA bawa pulang kru ISS lebih awal akibat masalah kesihatan serius
Volvo bakal umum SUV elektrik EX60 dengan jarak perjalanan mencapai 810km
Elon Musk mahu bina kilang pengeluaran cip 2nm tidak tegas dari segi kebersihan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Deaflympics 2025: Azlan mohon maaf, tekad bangkit pada acara 800 meter

Bernama
Bernama
20/11/2025
01:10 MYT
Deaflympics 2025: Azlan mohon maaf, tekad bangkit pada acara 800 meter
Azlan Kuste, atlet olahraga negara. --fotoBERNAMA
TOKYO: "Saya minta maaf tidak dapat buat yang terbaik untuk Malaysia," itu luahan atlet olahraga negara Azlan Kuste, selepas menamatkan cabaran final 1500 meter (m) Deaflympics 2025 pada kedudukan ke-10 daripada 12 peserta.
Aksi yang berlangsung di Stadium Komazawa Metropolitan semalam, menyaksikan Azlan merekodkan 4 minit 17.74 saat (s), sedikit tersasar daripada rekod semasa kelayakan, 4:14.69s.
Azlan berkata perlumbaan tersebut menjadi pentas yang amat menguji ketahanan fizikal dan mentalnya dalam saingan berintensiti tinggi, terutama apabila dua pelari Kenya James Musembi Mwanza (3:49.61s) dan Elikana Kiprop Rono (3:50.22s), tampil dominan untuk meraih pingat emas dan perak.
Pingat gangsa pula menjadi milik atlet natural Aliaksandr Charniak, yang mencatat 3:56.77s.
"Saya minta maaf sebab rasa kurang sihat sebab semalam, secara tiba-tiba sahaja terkena selsema.
"Saya (janji) akan perbaiki untuk kejohanan yang seterusnya dengan insya-Allah masih ada acara 800m Jumaat ini, yang perlu difokuskan dengan harapan ke final," katanya melalui jurubahasa isyarat kepada pemberita.
Azlan yang lebih "kecil" berbanding pesaing lain, enggan tunduk kepada keterbatasan fizikal, malah bertekad untuk terus berlatih dengan lebih keras kerana baginya segala peningkatan bermula daripada latihan.
Beliau melihat penampilan pertamanya di pentas empat tahun sekali itu, sebagai pengalaman yang sangat berharga dalam usaha memperbaiki diri dan prestasi.
"Saya harap tahun depan, tiga empat tahun lagi berlatih lebih tinggi untuk siapkan Sukan Asia Pasifik yang akan datang dan juga sukan mana-mana kejohanan sukan normal akan datang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azlan Kuste
#Deaflympics 2025
#olahraga
#Jepun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan