PRESIDEN Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk S.M. Muthu, mengesahkan skuad negara terpaksa membatalkan penyertaan dalam Kejohanan Olahraga Dalam Dewan di Tehran, Iran bermula Khamis ini selepas mendapat maklum balas Kedutaan Malaysia di republik itu.
KOM membuat pusingan 'U' beberapa jam sebelum skuad negara berlepas ke Tehran, dengan pembatalan itu terpaksa dibuat demi keselamatan atlet negara ketika risiko konflik ketenteraan di antara Iran dan Amerika Syarikat kian meningkat.
"Kami mengambil keputusan untuk tidak menghantar atlet negara beraksi di Tehran bagi memastikan keselamatan mereka terjamin," kata Muthu.
Skuad olahraga negara pada awalnya merancang menghantar lima atlet.
Jaguh lompat tinggi, Lee Hup Wei, awal-awal lagi menarik diri ekoran faktor keselamatan selain kejohanan itu tidak menawarkan mata kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Atlet negara juga akur dengan keputusan KOM dan kembali fokus terhadap sesi latihan menjelang saingan berikutnya, Kejohanan Dalam Dewan Asia di China bulan depan.
"Ini adalah keputusan yang baik daripada KOM. Krisis yang berlaku di Iran adalah faktor utama kami tidak beraksi di sana," kata atlet lompat jauh negara, Andre Anura Anuar.
Sementara itu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedia mengadakan rundingan dengan mana-mana persatuan yang tetap mahu menghantar atlet mereka ke wilayah bergolak.
Keutamaan perlu diberikan terhadap kejohanan kelayakan Olimpik Tokyo atau persatuan perlu merancang pelan B.
"Mengenai isu ini, lebih baik kami duduk bersama dan membincangkan perkara ini. Kami baru sahaja menerima maklum balas daripada kedutaan di Iran, benarkan saya bercakap dengan mereka terlebih dahulu," kata Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abd Rahman.
Astro Arena
Mon Jan 06 2020

MUTHU: Kami mengambil keputusan untuk tidak menghantar atlet negara beraksi di Tehran. - Astro Arena

ATM tahan 12 PATI di sempadan Malaysia-Thailand
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggagalkan cubaan 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) memasuki negara ini melalui laluan di sempadan negara Malaysia-Thailand, pada Rabu.

Skandal LCS: Kerajaan wajar pertimbang teruskan kontrak BNS dengan bersyarat - JKSTUPKK
JKSTUPKK mengesyorkan agar kerajaan wajar mempertimbang untuk meneruskan kontrak BNS untuk membekal LCS dengan bersyarat.
![AWANI 7:45 [17/08/2022] - Tulisan tangan Ahmad Zahid | Urusan kontrak projek LCS | Jika bersalah tetap bersalah AWANI 7:45 [17/08/2022] - Tulisan tangan Ahmad Zahid | Urusan kontrak projek LCS | Jika bersalah tetap bersalah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1983081/thumbnails/21298420541660741732160_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [17/08/2022] - Tulisan tangan Ahmad Zahid | Urusan kontrak projek LCS | Jika bersalah tetap bersalah
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri; 1. Perkembangan terbaharu Skandal LCS dedah arahan Zahid 2. Jawatankuasa dapati tadbir urus Kementerian Pertahanan lemah 3. Hishamuddin sedia didakwa jika terbabit skandal LCS

GiatMara dapat permintaan tinggi terutama daripada lepasan SPM
GiatMara menerima permohonan daripada 7,877 orang terutama dalam kalangan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengikuti pelbagai kursus bagi kemasukan Julai lepas.

Skandal LCS: Tiada dana tambahan untuk kapal pertama - Hishammuddin
Tiada dana tambahan diperuntukkan sekiranya kapal tempur pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia yang pertama tidak disiapkan mengikut jadual.

Taylor's University labur RM1 juta, bangunkan Makmal VORTEX XR
Taylor's University melabur lebih RM1 juta membangunkan Makmal VORTEX XR bagi mewujudkan suasana pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan lebih interaktif seiring pertumbuhan industri teknologi.

Skandal LCS: Pemadaman fakta tidak jejas keseluruhan laporan JKSTUPKK - PAC
Wong Kah Woh memaklumkan ia sejajar keputusan Kabinet pada 10 Ogos lepas yang mengarahkan JPM menyahklasifikasikan laporan berkenaan.

Tiada penampakan ubur-ubur beracun di Pantai Teluk Nipah - Jabatan Perikanan
Siasatan awal Jabatan Perikanan Negeri Perak mendapati tiada penampakan ubur-ubur beracun dan berbahaya kawasan pantai Teluk Nipah di Pulau Pangkor.

Sikap tidak ingin ambil tahu punca Malaysia sukar tangani rasuah - Masidi
Ini terbukti dengan hanya 48 peratus rakyat yang cenderung untuk melaporkan kes salah laku rasuah.

Taylor’s University | Labur RM1 juta, bangunkan Makmal VORTEX XR
Taylor’s University melabur lebih RM 1 juta membangunkan makmal VORTEX XR bagi mewujudkan suasana pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan yang lebih interaktif seiring pertumbuhan industri teknologi realiti lanjutan atau extended reality (XR) di negara ini. Timbalan Naib Canselor dan Ketua Pegawai Akademik, Prof Dr Pradeep Nair berkata, VORTEX XR yang dikenali sebagai Virtual Online Future Technology and Extended Reality itu berupaya mendekatkan masyarakat, pelajar dan pengajar dengan teknologi terkini sekali gus memenuhi permintaan pasaran kerja XR.

Demi keselamatan atlet negara, KOM buat pusingan 'U'
KOM membuat keputusan beberapa jam sebelum skuad negara berlepas ke Tehran, dengan pembatalan itu terpaksa dibuat demi keselamatan atlet negara.

Malek Noor kecewa atlet bina badan cenderung ambil steroid
Bekas jaguh itu berkata, majoriti atlet sedar penggunaan steroid boleh menghancurkan masa depan mereka, namun tidak mengendahkannya.